ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cadangan kereta nasional ketiga guna LPG – Astana City Group Sdn Bhd

Views

Semalam Berita Harian melaporkan Astana City Group Sdn Bhd (ACG) menyatakan minat untuk terlibat dalam pembuatan projek kereta nasional ketiga dan mencadangkannya supaya ia dijana oleh gas petroleum cecair (LPG) sepenuhnya sebagai bahan api bagi menggantikan petrol.

Syarikat tersebut telah mendapat kelulusan dari kerajaan untuk memasarkan silinder komposit LPG bagi pasaran Malaysia secara usaha sama dengan rakan niaganya, Hyundai BS&E dari Korea Selatan dan PAP Econ Co Ltd dari Thailand. Pengarah Urusan Astana City Group, Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman, berkata kertas cadangan mengenai projek kereta nasional ketiga itu telah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri tahun lalu oleh rakan niaganya, PAP Econ.

Cadangan yang dikemukakan itu adalah teknologi kereta yang menggunakan LPG sebagai bahan api sepenuhnya. Nik Mohd Fareez berkata berkata, kerajaan Jepun telah mewajibkan semua teksi di sana menggunakan LPG kerana ia lebih menjimatkan serta mampu mengurangkan pencemaran alam sekitar.

LPG mampu mengurangkan sehingga 20 peratus pelepasan karbon berbanding petrol dan telah terbukti berjaya di Jepun dan Korea Selatan. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis pelancaran produk silinder komposit LPG 14 kilogram (kg) ACGas yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

JOM BACA >> MESTI BACA : Reka bentuk papan pemuka Perodua Aruz dengan Toyota Rush – Apa yang berbeza?

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohamad Harun dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution turut hadir dalam majlis tersebut. Prototaip kereta nasional ketiga yang sebahagian besar pelaburannya adalah daripada vendor bakal dilancarkan pada suku pertama 2019.

Nik Mohd Fareez menambah, syarikat tersebut bakal membina stesen LPG di seluruh daerah di Malaysia dan ia bakal menjana peluang ekonomi baharu untuk penduduk setempat. Permohonan untuk pembinaan stesen LPG telah dihantar kepada kerajaan pada Oktober tahun lalu dan kini sedang menanti maklum balas.

Sekiranya kerajaan bersetuju, syarikatnya bercadang untuk bekerjasama dengan MARA dan PETRONAS dari segi penyediaan tenaga kerja dan pembukaan stesen LPG. Semasa ditanya pemberita mengenai sasaran jualan produk silinder komposit LPG keluaran syarikat itu, beliau berkata ia menyasarkan jualan sebanyak tiga juta tong setahun yang bersamaan dengan tiga peratus penguasaan pasaran di Malaysia.

Syarikat itu juga merancang untuk melabur RM100 juta bagi membina kilang membuat silinder gas komposit di Pelabuhan Klang. Fasa pertama kilang berkenaan akan mempunyai kapasiti untuk menghasilkan 200,000 silinder sebulan bagi memenuhi permintaan pasaran di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

Silinder komposit LPG 14 kg yang dikeluarkan ACGas dijual pada harga RM155 setong termasuk gas. Antara kelebihannya berbanding silinder gas sedia ada ialah lebih ringan, tidak mudah meletup, tahan karat dan mempunyai bacaan isipadu gas. Apa pendapat anda mengenai cadangan kereta nasional ketiga menggunakan LPG ini?

JOM BACA >> Gambaran digital ‘mirip model sebenar’ Proton Iriz MC2 rekaan TheAjerul

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit The Malaysian Reserve

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply