Bila tengok hasil karya terbaharu Proton Iriz MC2 dari rakan sekutu kami TheAjerul, ia sebenarnya telah membongkarkan segala apa yang ditutup oleh celoreng penyamaran yang selalu ditampal pada model ujian sebelum ini. Tiada lagi rahsia dan teka-teki setelah segalanya terbongkar dalam artikel yang terdahulu. Cuma Ajerul membuat perincian lagi supaya kita melihat gambaran ‘lebih tepat’ versi yang sebenar.
JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Aruz bocor – Bakal dilancarkan 15 Januari ini?
Kami puji semangat dan kerajinan Ajerul yang sanggup korbankan masa dan tenaganya untuk memberi gambaran sebenar Iriz MC2 pada kita semua. Pada kami, secara keseluruhannya reka bentuk Iriz MC2 kini sudah berevolusi mengikut lenggok bahasa rekaan Proton terkini yang mula diperkenalkan pada X70.
Sayap Proton diinspirasikan busur, motif seakan “Infinite Weave” pada kemasan jeriji serta penggunaan hanya tulisan Proton di bahagian belakang merupakan kesinambungan dari X70 dan ia bakal diteruskan pada model-model lain selepas ini. Untuk mengetahui apa yang baharu pada model Iriz MC2, ketik sahaja pautan ini. Kami akan cuba mendapatkan lagi informasi mengenai model ini dan juga Persona facelift dari semasa ke semasa.
JOM BACA >> INTIP : Lynk & Co 01 dikesan – Adakah ini ‘keldai ujian’ Proton X50?
KLIK UNTUK BESARKAN
Myvi 1.5 SE wants it rear bumper back
—–
This is ugly.
What about the name? Will the name switch to alphanumerical?