ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chevrolet ‘Double Bonus’ tawar rebat sehingga RM6,000

Views

Naza Quest Sdn Bhd, pengimport dan pengedar tunggal kenderaan Chevrolet vehicles di Malaysia kini sedang menawarkan promosi jualan Chevrolet Colorado ‘Double Bonus’.  Promosi yang bermula dari 1 Mac 2017 menawarkan pelanggan rebat tunai sehingga RM6,000 dan Waranti Percuma selama tiga tahun / 60,000km termasuk alat ganti dan upah. Semua varian Chevrolet Colorado serba baharu layak menerima tawaran ini selagi stok masih ada.

Bermula dengan varian berspesifikasi paling tinggi, varian 2.8-liter yang menggunakan enjin Duramax VGT ini mampu menghasilkan 190Hp dan 500Nm tork, ditawarkan pada harga RM112,788, manakala versi 2.5-liter pula mampu menghasilkan 180Hp dan 440Nm tork pula berharga dari RM90,188.

Chevrolet Colorado 2.5-liter menawarkan ciri ciri premium dan merupakan kenderaan pertama dalam segmen pikap menawarkan Penghidup Enjin dengan Kawalan Jauh, paparan sentuh infotainmen bersaiz lapan inci yang dilengkapi dengan Apple CarPlay™ dan tujuh pembesar suara. Selain itu, pelbagai ciri keselamatan turut dimuatkan pada varian ini termasuklah Kawalan Cengkaman, Amaran Perlanggaran Hadapan, Amaran Kekal Lorong, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar dan tiga beg udara (pemandu, penumpang dan lutut).

Chevrolet Colorado baharu ditawarkan jaminan Komprehensif selama lima tahun atau 200,000km (Waranti Pengeluar Kenderaan) dan setahun PERCUMA Keahlian Chevy Assist yang meruakan sebahagian daripada program Chevrolet Complete Care. Untuk maklumat lanjut sila ke bilik pameran Chevrolet berhampiran di seluruh negara atau hubungi talian 1-800-2-CHEVY (24389) atau layari laman sesawang www.chevrolet.com.my. Ikuti Facebook Chevrolet Malaysia dan Twitter @Chevrolet_MY dan Instagram untuk mengetahui perkembangan terkini dan tawaran dari Chevrolet Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

Chevrolet_A4 Flyer Back_Double_Bonus_Landscape_FA_O Chevrolet_A4 Flyer Cover_Double_Bonus_Landscape_FA_O_2

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply