ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Grand Carnival kini dibuka

Views

Naza Kia Malaysia Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia bakal melancarkan MPV bersaiz besar yang paling dinanti-nantikan Grand Carnival serba baharu sebelum suku pertama tahun ini berakhir. Grand Carnival baharu tampil dengan penambahbaikan dari segi rekaan dan penggayaan luaran serta dalaman.

Ia turut dilengkapi dengan bahan berkualiti tinggi seperti tempat duduk kulit, pintu gelongsor kuasa dan pintu belakang kuasa, tempat duduk barisan ketiga dengan sistem akses mudah – hanya dengan satu sentuhan, butang penghidup enjin, lampu hadapan HID dengan lampu nyalaan siang LED (DRL) dan ciri ciri keselamatan yang dipertingkatkan seperti enam beg udara, kawalan kestabilan elektronik dan sistem bantuan mula mendaki.

Ruang dalamannya amat luas dan selesa untuk memuatkan lapan penumpang dewasa dan ia dijanakan oleh enjin diesel 2.2 Liter CRDi geometri berubah-ubah dengan pengecas turbo yang menghamburkan 190 kuasa kuda dengan 440 Nm daya kilasan yang sangat berkuasa dan menjimatkan. Grand Carnival juga telah memenangi pelbagai anugerah, antaranya adalah anugerah JD Power Automotive Performance, Execution and Layout (APEAL), Top Safety Pick dari Institut Insurans untuk Keselamatan Lebuh Raya Amerika Syarikat (IIHS) dan Sepuluh Ruang Dalaman Terbaik 2015 dari Ward’s.

MPV ini turut diberi penarafan keselamatan maksimum lima-bintang dari ANCAP dan NHTSA (Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Nasional). Naza Kia Malaysia kini membuka tempahan model Grand Carnival serba baharau yang boleh dibuat di mana-mana outlet Naza Kia di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

KLIK UNTUK BESARKAN

Print

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply