ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chevrolet Orlando dilancarkan!

Views

JPG_3963

NAZA Quest Sdn Bhd hari ini telah menambahkan kemeriahan dimusim perayaan ini dengan memperkenalkan MPV tujuh tempat duduk Chevrolet Orlando. Walaupun ianya merupakan sebuah MPV tetapi gaya rekaanya mirip sebuah ‘crossover’ dan model ini mampu menarik minat pembeli yang konservatif.

Orlando merupakan MPV 7 tempat duduk yang telah dibangunkan dari platform global delta GM dengan rekabentuk seperti sebuah crossover. Model ini berkongsi ciri-ciri yang menarik seperti pemanduan dan pengendalian yang mantap dari platform tersebut  Dengan rekaan yang bergaya, sporty dan fungsi yang pelbagai model ini pastinya menjadi pilihan alternatif kepada keluarga yang mahukan MPV yang lebih versatil.

MPV 7 tempat duduk ini dijana oleh enjin 1.8 liter 16-injap yang cekap bahan api dan dilengkapi dengan suntikan bahan api pelbagai titik. Enjin ini boleh menghasilkan 141hp pada 6200 rpm dan tork sebanyak 176 Nm pada 3800 rpm . Kotak gear automatik 6 kelajuan melengkapi kombinasi enjin ini dengan kecekapan bahan api 7.9liter/100 km telah berjaya diukur oleh jurutera GM.

Chevrolet Orlando_23

Reka bentuk dalaman Orlando diinspirasikan dari model Corvette terutama sekali di bahagian kokpit selain lampu berwarna biru yang menghiasi latar belakang konsol ditengah. Tempat duduk dengan “gaya teater” dengan ketinggian yang berbeza untuk setiap baris memberikan keselesaan kepada penumpang selain memaksimumkan ruang dalaman. Ini terbukti apabila kerusi dibahagian kedua dan ketiga dilipat ia mampu memuatkan barangan sehingga 1499 liter. Jika barangan dimuatkan sehingga aras tingkap kapasiti muatannya boleh mencecah sehingga 856 liter.

Orlando dilengkapi dengan dua beg udara dan struktur badannya telah direka dengan keluli berkekuatan tinggi. ISOFIX disediakan untuk tempat duduk kanak-kanak dan bayi di barisan kerusi kedua. Selain daripada penggunaan bahan kekuatan tinggi, reka bentuk asas menggabungkan zon jatuh untuk menyerap kesan awal dan casis ditempatkan secara strategik untuk menyerap kesan tenaga melalui struktur badan. Dilengkapi dengan teknologi kemalangan yang terbaru, pintu Orlando terbuka secara automatik apabila mengesan hentaman.

Spesifikasi LT mempunyai ciri-ciri standard seperti rim aloi 17”, steering kuasa yang boleh dilaras,penghawa dingin, cermin sisi berkuasa, rear park assist, cruise control selain ABS, Electronic Stability Programme, Traction Control dan Brake Assist. Orlando kini berada disemua bilik pameran Cherlovet seluruh Malaysia dengan enam pilihan warna yang menarik iaitu Switchblade Silver, Gun Smoke Grey, Satin Steel Grey, Carbon Flash Black, Deep Espresso Brown dan Summit White. Kesemuanya adalah metalik kecuali warna putih.

Harga bagi model ini RM 118,888.00 dengan jaminan selama 5 tahun atau 200,000 km (yang mana lebih dahulu) dan menukar minyak enjin pada setiap 15,000 km hanya dengan minyak GM Tech Dexos di mana-mana pusat servis Chevrolet .

SPESIFIKASI

Orlando Specification

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply