ARKIB

KATEGORI

Buletin

Civic Hybrid kini dinaik taraf dengan 2 ciri baharu!

Views

Photo 01

Honda Malaysia Sdn. Bhd hari ini mengumumkan bahawa Civic Hybrid kini dilengkapi dengan Kamera Undur Belakang dan Sistem Telefon Bebas-Tangan (HFT). Dengan Kamera Undur Belakang, keselamatan dan bantuan di tempat letak kereta kini telah dipertingkatkan dengan menghapuskan bintik buta. Selain itu, Sistem HFT memudahkan pemandu menjawab dan membuat panggilan. Selain itu antara ciri-ciri baharu yang ditambah ialah Paparan Pelbagai-Maklumat pintar bersepadu (i-MID), yang membolehkan pemandu mengakses maklumat tanpa mengalih tumpuan mereka semasa di jalan raya.

Melalui maklum balas daripada pelanggan, Honda Malaysia telah mengetahui bahawa pelanggan sentiasa mencari ciri-ciri baru dan tambahan dengan pembelian kereta Honda mereka. Selaras dengan keutamaan Honda Malaysia untuk memenuhi jangkaan pelanggan, ciri-ciri baru telah ditambah khas untuk memaksimumkan kegembiraan memandu Civic Hybrid. Honda Malaysia berusaha untuk menambah nilai kepada pelanggan Civic Hybrid yang mencari kenderaan pintar dan mesra alam.

Oleh kerana sasaran jualan dalam pasaran hibridnya telah dicapai, Honda Malaysia memutuskan untuk meningkatkan sasaran jualan Civic Hybrid daripada 1,200 unit pada tahun 2012 kepada 3,200 unit pada 2013 dengan sasaran jualan bulanan 270 unit. Model ini didatangkan dengan pilihan warna seperti White Orchid Pearl, Frosty White Metallic dan Crystal Black Pearl. Yang paling menarik harganya masih lagi kekal RM119,980.00(atas jalan) walaupun dengan penambahan ciri-ciri baharu.

Tempoh menunggu adalah antara 1 hingga 2 bulan selepas membuat tempahan. Model ini adalah model (CBU) sepenuhnya yang diimport dari Thailand. Dalam usaha untuk meningkatkan pemilikan pengalaman pelanggan, baru-baru ini Honda Malaysia memperkenalkan pakej menarik khidmat selepas jualan, antaranya ialah :

1. Jaminan 5 tahun dengan perbatuan tanpa had termasuk bateri IMA *
2. Tambahan selang penyelenggaraan pencegahan dari 5,000 km kepada 10,000 km
3. Perkhidmatan buruh percuma sehingga 6 lawatan bagi setiap perkhidmatan alternatif dibayar sehingga 100,000 km *
* tertakluk kepada terma dan syarat

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply