ARKIB

KATEGORI

Buletin

TOYO TYRE buka kilang pengeluarannya di Malaysia!

Views

DSC_7990

Info dan gambar daripada Arish Qutb Ahmad Khan

Toyo Tyre Malaysia Sdn Bhd telah bersedia untuk membawa Malaysia ke arena dunia sebagai pengeluar utama dan pembekal tayar berkualiti dan berprestasi untuk kereta penumpang, MPV, SUV / 4 x 4 tayar dengan pembukaan kilang pengeluarannya di Taiping, Perak. Kilang yang berkeluasan 148 ekar itu telah dibangunkan dengan pelaburan sebanyak RM800 juta.

Ia menjadi kilang pengeluarannya yang terbesar di luar Jepun untuk Toyo Tyre dan mampu mengeluarkan kapasiti penuh dalam masa dua tahun. Pengerusi Toyo Tire & Rubber Sdn Bhd , Encik Kenji Nakakura hadir untuk merasmikan majlis pembukaan kilang tersebut yang merupakan satu acara tradisi yang penting untuk menandakan satu pencapaian utama sebelum memulakan operasi.

Nakakura berkata, dengan kemudahan ini Malaysia adalah strategik dalam rancangan pengembangan global Toyo Tire. Rancangan Perniagaan Separuh Penggal Toyo Tyre adalah sistem bekalan optimum global akan dibina di Jepun, Amerika Utara dan Asia untuk menghasilkan serta membekalkan 45 juta tayar seluruh dunia pada 2015.

Kilang Toyo Tyre di China yang telah siap pada tahun 2011 menghasilkan 2 juta tayar. Kemudahan baru di Malaysia pada dasarnya akan mengeluarkan 2.5 juta tayar dan akan meningkat dua kali ganda kepada 5 juta tayar pada tahun 2015. Pengarah Urusan Toyo Tyre Malaysia, Encik Kanji Kasai berkata 85 peratus daripada keluaran kilang utama Malaysia akan dieksport ke pasaran Asia Tenggara, Timur Tengah, Eropah dan Amerika Syarikat.

Kilang itu akan beroperasi menggunakan sistem pengeluaran baru dan canggih Toyo Tyre, atau A.T.O.M (Advanced Tire Operation Module). Dibangunkan oleh Toyo Tyre, A.T.O.M adalah satu sistem yang berskala besar dan mempunyai tahap automasi yang tinggi. Pelbagai produk dan keupayaan pengeluaran ‘kecil-banyak’ untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan serta kualiti yang lebih baik dan besar.

Kasai berkata Toyo Tyre Malaysia juga telah mencapai matlamat pertama dengan pengenalan Toyo Premium Auto Centre dan Toyo Auto Centre, konsep runcit baru jualan tayar sehenti dan pusat perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan profesional untuk meningkatkan Kepuasan Pelanggan. Sejak September 2012, lapan telah pun dibuka dan lebih daripada dua kali ganda bilangannya akan dibuka di bandar-bandar utama di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply