ARKIB

KATEGORI

Buletin

Green Oranges adakan sesi latihan kenderaan 4×4 Great Wall Motors!

Views

DSC_7844

Info dan gambar daripada Arish Qutb Ahmad Khan

Pengedar tempatan jenama Great Wall Motors (GWM) , Green Oranges Sdn Bhd (GOSB), baru-baru ini telah mengadakan sesi pemanduan asas dan latihan 4×4 untuk pelanggan korporat terbesarnya, UEM Engineering. Setakat ini UEM Engineering telah menerima 200 unit kenderaan daripada GOSB, yang merupakan trak pikap Wingle dan SUV H5.

Oleh yang demmikian, GOSB merasa inilah masa yang paling sesuai untuk melatih para penggunanya mengenai cara mengendalikan kenderaan, terutama sekali penggunaan sistem 4×4. Seramai 19 orang kakitangan UEM telah menghadiri sesi satu hari yang diadakan di tapak “off-road” berhampiran stadium Shah Alam, Selangor.

Bahagian pertama sesi latihan menumpukan kepada posisi duduk dan cara meletakkan tangan di steering yang betul. Kemudian, ia diikuti pula dengan penerangan mengenai pengendalian dan cara sistem ABS berfungsi. Bagi kebanyakan peserta, ini merupakan ilmu yang paling bernilai, kerana mereka dapat merasai sendiri dan memahami ABS serta cara untuk mengelakkan kenderaan daripada tergelincir.

Bahagian kedua dibuat di laluan 4×4 dan para peserta perlu mengharungi cabaran seperti melepasi lopak air dan permukaan tanah yang berlumpur. Di sini keupayaan dua kenderaan GWM telah teruji. Peserta telah diajar teknik untuk menunda kenderaan yang terlekat, mengharungi trek yang berlumpur, menuruni bukit dan penggunaan yang betul gear 4×4 tinggi dan rendah .

Bahagian terakhir pula, peserta telah mengharungi cabaran ketepatan pemanduan.Walaupun kenderaan yang digunakan tidak selincah dan kompak seperti kereta penumpang, namun ia masih lagi mudah untuk dikendalikan melalui slalom dan semasa meletak kenderaan. Menurut jurucakap GOSB, acara ini telah membantu untuk memperkukuhkan hubungan antara syarikat dengan pelanggan selain mempromosikan kepercayaan dan keyakinan kepada jenama GWM.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply