Walaupun masih ada suara suara nakal yang masih menggelar Perodua sebagai pakar “rebadged” dan tukar bumpar, pasukan rekabentuk pengeluar nasional kedua tersebut membuat satu kejutan dengan mempamerkan model skala tanah liat yang dinamakan Concept X di karnival MYPerodua Nation. Foto Concept X ini telah diambil oleh rakan kami Naquib Faeez yang berkunjung ke sana.
Concept X bukan sebuah crossover yang sinonim dengan huruf tersebut, tetapi ia merupakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) kompak yang berada dalam segmen Alza. Masih terlalu awal untuk mengatakan Concept X adalah petunjuk kepada model pengganti Alza, namun dari segi rekabentuk Perodua telah berjaya menghasilkan rekaan bertaraf global.
Perodua juga telah mula keluar dari kepompong pakar “rebadged” dan tukar bumpar dengan penghasilan Bezza yang menjadi sedan kompak terlaris di Malaysia ketika ini. Kami menjangkakan bahasa rekabentuk yang diterjemahkan oleh Concept X akan diguna pakai oleh model Perodua pada masa akan datang.
Jika Perodua diberi lampu hijau untuk mengeluarkan versi produksi Concept X sebagai pengganti Alza, kami yakin ia bakal mendapat sambutan yang sangat hebat. Namun, segalanya terpulang kepada pihak pengurusan tertinggi Perodua dan restu rakan teknikalnya Daihatsu untuk merealisasikan model ini nanti.
KLIK UNTUK BESARKAN
Teruskan usaha Perodua.! Model alza memang patut ada model pengganti selewatnya tahun hadapan. MPV kecil dengan wheelbase panjang Dan overhanging pendek seperti alza. Harga bawah 70k diiktiraf 5-bintang ASEAN ncap pasti mendapat sambutan yang gila²
Saya rasa ni bukan kemmapuan sebenar P2, sebab kalau betul model ni nak keluar bumpernya mesti toggek macam Bezza. Kalau BMW ada bangle butt, P2 ada Bezza tonggek.
Clay model aje.. egt end product senang nak buat ke ???
Ciak-miak boleh perodua kencingkan
Kahkahkah
Mmm… satu usaha yg baik dari perodua. Depa gak ada talented cuma ada kekangan drp pemegang share utk menzahirkan model nie menjadi kenyataan. Tapi tak pe, la nie daihatsu pun kekurangan idea, selagi ada rekabentuk yg menarik n praktikal yg perodua bleh hasilkan. Depa pun suka. Mcm penghasilan bezza, perodua hasilkan rekabentuk sepenuhnya, daihatsu x perlu pening kepala. Serahkan rekabentuk kat daihastu dan secara teknikalnya daihatsu buat sampai siap sepenuhnya plak. dan bila siap akan diserahkan kpd perodua plak utk diuji di M’sia:) pasal kos sudah tentu perodua yg tanggung sepenuhnya gak.
Cheers!
Reka bentuk Concept X boleh diguna pakai pada platform Alza sedia ada yang perlu dipertingkat lagi supaya mencapai tahap keselamatan 5-bintang ASEAN NCAP.. Adakah Perodua-Daihatsu sanggup membangunkan Concept X sebagai model produksi pengganti Alza atau Perodua rebadge sahaja model Daihatsu sedia ada sebagai penjimatan kos dan memaksimakan keuntungan..
teruskan usaha anda P2..perkembangan yg sistematik dr rebatch kepada pembikinan design sendiri..bezza sudah berjaya tanpa masalah besar seperti waja (1st model design P1)…ini dah cukup membuktikan bahawa potensi P2 lebih baik dlm jangka masa panjang jika dibandingkan dengan P1…rule of thumb – buat kereta yg jimat yang target market suka…bukan buat kereta yg CEO MD suka syok sendiri (mcm kes Gen2)…engine performance tolak tepi, saving dahulu..dengan CEO P2 sekarang yg berilmu dan beramal, insyaallah selamat syarikat