ARKIB

KATEGORI

Buletin

Subaru tayang imej usikan XV generasi kedua

Views

Semenjak trend SUV menjadi kegilaan pengeluar automotif dunia, Subaru juga tidak ketinggalan mengikut jejak langkah yang lain dengan mula menayangkan sekeping imej usikan generasi kedua XV yang bakal membuat kemunculan global pertama di Geneva Motor Show. Walaupun dijual sebagai Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), sebenarnya XV merupakan Impreza hatchback yang ditinggikan dan mempunyai kelebihan off-road.

Dari foto ini kita dapat melihat perubahan ketara rekabentuk terutama garisan badan dan lekuk pada bahagian sisi, rim aloi rekaan baharu, rekabentuk lampu hadapan dan belakang serba baharu dan profil badan yang lebih sporty. Namun begitu, menurut sumber dari Fuji Heavy Industries memberitahu media pada September tahun lalu yang model ini masih lagi menggunakan badan yang sama dengan model terdahulu.

KLIK UNTUK BESARKAN

subaru xv 2017

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments


  • Terbayang Proton keluarkan sebuah model SUV berbadan sporty berasaskan platform Suprima yang ditinggikan untuk kesesuaian off-road.


  • Dalam mimpi la.. proton cakap suv tiada market di malaysia.. model sedan sahaja laku di malaysia..

    Tp BRV booking dah cecah 4000 unit.. oh.. masih lg xda market di malaysia kata proton


  • Nampak macam pelik sikit.. Overhang depan dan belakang macam terlalu panjang.. Cuba bandingkan dengan kebanyakan SUV compact lain..

Leave a Reply