ARKIB

KATEGORI

Buletin

D38L bakal SUV kompak Perodua

Views

Jika semalam, Mat Bond berjaya merisik maklumat mengenai SUV baharu Perodua, hari ini beliau membawa info tambahan mengenai model tersebut. Kali ini Mat Bond berjaya mendedahkan kodnama SUV tersebut yang dikenali sebagai D38L. Ia dikatakan sebuah SUV bersaiz kompak yang bakal menggantikan Nautica dan Kembara. Ini sekaligus menguatkan lagi spekulasi mengenai kewujudan model SUV tersebut. Ketika ini proses awal pembangunannya telah pun bermula. Dijangka model ini bakal diperkenalkan pada penghujung 2018 atau pada awal 2019.

BACA >> SPEKULASI : Perodua bakal keluar SUV?

Selain itu Mat Bond juga berjaya mendapatkan maklumat terkini mengenai generasi ketiga Myvi (kodnama D20N) akan memulakan pengeluaran skala massa pada bulan Oktober nanti. Pra-pengeluarannya pula akan bermula selepas Hari Raya yang dijangka pada bulan Julai. Kami menjangkakan Myvi generasi ketiga akan dilancarkan sebelum akhir tahun ini.

Berbalik kepada Perodua D38L, kami rasa ia mungkin ada kaitan dengan salah satu daripada dua model konsep SUV yang telah dipertontonkan di Gaikindo Indonesia International Auto Show 2015, Daihatsu FX Concept dan Daihatsu FT Concept. Kedua-dua SUV kompak ini disasarkan khusus untuk pasaran Asia. Dengan mengambil kira maklumat terkini, berkemungkinan Daihatsu FX Concept akan dibangunkan ke fasa pengeluaran dengan mengguna pakai konsep perkongsian pelantar seperti Perodua Axia, Toyota Agya dan Daihatsu Ayla untuk merealisasikan SUV ini.

Daihatsu FX Concept

  • SUV kompak dalam segmen-B (saiz kecil sedikit berbanding Daihatsu FT Concept).
  • Dimensi – 3,800mm (panjang), 1,690mm (lebar) dan 1,580mm (tinggi), dengan jarak roda 2,455mm.
  • Rekabentuk moden dan bergaya.
  • Enjin berkapasiti 1.2 liter.
  • Pacuan roda belakang sama seperti Daihatsu Terios.
  • Pintu dengan bukaan jenis suicide door tanpa tiang-B di tengah.

JOM TONTON : ENGEAR Episod 3 – Peugeot 208 PureTech

KLIK UNTUK BESARKAN

Daihatsu FX Concept

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply