ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rangkaian TYREPLUS bakal dijenamakan semula

Views

Dengan lebih 50 buah cawangan TYREPLUS termasuk 10 buah cawangan yang baharu dibuka tahun ini, Michelin mensasarkan untuk memberikan keselamatan jalan raya yang terbaik di Malaysia. Seiring dengan perkembangan pesatnya, TYREPLUS bakal menjenamakan semula seluruh rangkaiannya di Malaysia dalam tempoh empat tahun yang akan datang.

TYREPLUS turut beroperasi diperingkat global, dan antara negara-negara tersebut termasuklah China, Thailand, Australia, India, Timur Tengah dan Amerika Selatan. TYREPLUS bukan sahaja memberikan perkhidmatan pembaikan dan penukaran tayar, malah ia meliputi servis secara keseluruhan yang merangkumi penukaran minyak pelincir, pad brek selain penyelenggaraan rutin kenderaan yang disokong oleh beberapa jenama antarabangsa seperti Michelin, Bosch, Mobil 1, Total dan Tech.

Sejak diperkenalkan pada di Malaysia pada November 2009, TYREPLUS telah berkembang menjadi rangkaian penyelenggaraan kenderaan terbesar di Malaysia dengan 50 buah cawangan dan semakin berkembang. Mulai 20 Mei sehingga 30 Jun ini, pelanggan yang membeli-belah di TYREPLUS berpeluang untuk mendapatkan beg penyejuk (cooler bag) Michelin, kad petrol TYREPLUS dan servis pembaikan tayar percuma Tech dengan pembelian tayar Michelin. Selain itu, pelanggan akan turut menerima tikar anti-gelincir percuma dengan pembelian minyak pelincir Mobil 1.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply