ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

SPEKULASI : Perodua bakal keluar SUV?

Views

Perisik Mat Bond kami baharu sahaja pulang dari tugasan risikan dan telah mendapat satu maklumat yang bakal mengejutkan anda semua. Dalam diam-diam, Perodua sedang dalam perancangan untuk membangunkan sebuah SUV bersama rakan teknikalnya Daihatsu. Buat masa ini tiada butiran awal mengenainya kerana proses ini masih lagi diperingkat awal, namun kami diberitahu Perodua akan menghentikan pengeluaran Alza secara berperingkat. Kami syak, ini bagi memberi laluan kepada SUV tersebut yang mungkin mempunyai konsep yang sama seperti Honda BR-V.

Jika merujuk kepada laman web Daihatsu di Jepun, masih belum ada lagi model SUV baharu yang ditawarkan di sana. Setelah membuat beberapa pencarian maklumat, kami rasa ia mungkin ada kaitan dengan dua model konsep SUV yang telah dipertontonkan di Gaikindo Indonesia International Auto Show 2015, Daihatsu FX Concept dan Daihatsu FT Concept. Kedua-dua SUV kompak ini disasarkan khusus untuk pasaran Asia.

Jom kita ulangkaji sedikit mengenai kedua-dua model konsep ini.

Daihatsu FX Concept

  • SUV kompak dalam segmen-B (saiz lebih kompak).
  • Dimensi – 3,800mm (panjang), 1,690mm (lebar) dan 1,580mm (tinggi), dengan jarak roda 2,455mm.
  • Rekabentuk moden dan bergaya.
  • Enjin berkapasiti 1.2 liter.
  • Pacuan roda belakang sama sepeti Daihatsu Terios.

JOM TONTON : ENGEAR Episod 3 – Peugeot 208 PureTech

Daihatsu FT Concept

  • Berada dalam segmen-B (lebih besar daripada FX Concept).
  • SUV tujuh tempat duduk seperti Honda BR-V.
  • Dimensi – 4,350mm (panjang), 1,750mm (lebar) dan 1,690mm (tinggi), dengan jarak roda 2,685mm.
  • Rekabentuk nampak lebih tegap dan sporty.
  • Enjin berkapasiti 1.5 liter.
  • Model konsep yang hampir dengan fasa pengeluaran.

Setelah membuat penelitian antara kedua-dua model konsep di atas, kami jangka Daihatsu FT Concept adalah calon yang paling sesuai untuk menjadi SUV ketiga keluaran Perodua selepas Kembara dan Nautica. Ini ada kaitan dengan model Alza yang bakal dihentikan secara berperingkat dan SUV ini pula mempunyai kofigurasi tujuh tempat-duduk, yang juga berkebolehan untuk menjadi sebuah MPV.

Dijangka model ini bakal berentap dengan Honda B-RV jika ia dikeluarkan nanti. Terpulang kepada anda untuk mempercayainya kerana kami juga masih menganggap info ini sebagai satu spekulasi awal. Apa pun kita nantikan info selanjutnya! Kami yakin anda tak sabar nak suruh Mat Bond merisik lebih lagi kan?

KLIK UNTUK BESARKAN

Daihatsu FX Concept

Daihatsu FT Concept

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply