ARKIB

KATEGORI

Buletin

DNC Asiatic meterai kerjasama dengan Motul

Views

DNC Asiatic Holdings Sdn. Bhd. menerusi anak syarikatnya, Demak Sales and Services Sri Lanka telah memeterai perjanjian kerjasama dengan pengeluar pelincir terkenal dunia Motul sebagai jenama pelincir yang dicadangkan untuk kegunaan semua motosikal jenama Demak yang dijual di Sri Lanka.

Berikutan perjanjian kerjasama itu, Transmec International (Pvt) Ltd yang merupakan pengedar sah MOTUL di Sri Lanka bersama Demak Sales and Services Sri Lanka memeterai perjanjian membekal dan menjual produk pelincir MOTUL di kesemua rangkaian pengedar Demak di seluruh Sri Lanka.

Pengurus Besar Operasi DNC Asiatic Sdn Bhd., Tan Peng Kee berkata, perjanjian kerjasama ini memberi peluang kedua-dua jenama ini berkembang seiring dengan teknologi dan kepakaran masing-masing. Ketika ini semua model motosikal Demak dipasang di kilang Sri Lanka dengan purata jualan sebanyak 1,000 unit sebulan.

Demak Sri Lanka memiliki 134 pengedar sah dan 34 pusat mega yang menyediakan perkhidmatan alat ganti dan servis. Jenama Demak berkembang dengan begitu pantas di Sri Lanka sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan bagi memenuhi permintaan pasaran Sri Lanka, DNC Asiatic Sdn Bhd telah membuka kilang pemasangannya di negara tersebut tahun lalu.

Melalui kerjasama dengan MOTUL, Demak akan berkongsi kerjasama teknologi bagi meningkatkan keupayaan dan kepakaran jurutera serta rangkaian pengedar di seluruh Sri Lanka. Demak juga akan mencadangkan pengunaan minyak pelincir MOTUL sebelum dan selepas tempoh jaminan bagi mengekalkan keupayaan dan ketahanan enjin.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply