ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

DRB-HICOM Autofest tawar diskaun hebat

Views

Inilah masanya untuk memiliki kenderaan idaman anda di karnival DRB-HICOM Autofest yang menawarkan pelbagai tawaran menarik dan pakej yang hebat. DRB-HICOM Autofest 2017 akan mempamerkan 10 jenama kenderaan di bawah portfolio Automotif Kumpulan, iaitu PROTON, Lotus, Audi, Volkswagen, Honda, Jeep, Mitsubishi, Isuzu, Tata dan MODENAS.

Karnival akan berlangsung pada 14 dan 15 Januari 2017, mulai jam 10:00 pagi hingga 6:00 petang, di Kompleks EON di Glenmarie, Shah Alam. Pelbagai aktiviti yang menarik bakal menanti seisi keluarga, termasuklah pelbagai jenis permainan, simulator perlumbaan, trek kereta RC, penampilan selebriti, kawasan permainan kanak-kanak, badut, pertunjukan Pikachu dan tarian singa.

Pengunjung karnival tersebut berpeluang merebut ditawarkan secara eksklusif di Autofest ini. Berikut antara jenama kenderaan dan promosi yang ditawarkan:

1. Audi – kadar faedah yang rendah iaitu sebanyak 0.88% dan diskaun harga
2. Jeep – diskaun antara RM70,000 hingga RM150,000 untuk model terpilih
3. PROTON – diskaun sehingga RM13,000
4. Honda – diskaun sehingga RM12,000
5. Volkswagen – diskaun sehingga RM4,000
6. Isuzu – diskaun sehingga RM8,000
7. Tata- pakej diskaun khas sehingga RM18,000
8. Modenas – pembeli akan menerima sebuah topi keledar dan baju hujan percuma dan yuran tempahan khas hanya sebanyak RM50 kepada pengunjung

Selain itu terdapat juga acara lelongan khas bagi kereta PROTON dan Audi pada 14 Januari 2017 (Sabtu) pada jam 2.30 petang. Sebanyak 45 buah kereta Audi dan 132 buah kereta PROTON pelbagai model akan dilelong pada hari tersebut. Produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan automotif seperti aksesori kereta, pembiayaan kenderaan, auto insurans dan perkhidmatan pemeriksaan kereta (oleh PUSPAKOM) turut mempunyai diskaun. Barangan Ralliart dan alat ganti Mitsubishi menawarkan diskaun sebanyak 20%, dan para pengunjung juga akan menikmati diskaun besar-besaran sebanyak 70% ke atas aksesori Spyder.

POS Malaysia dan DRB-HICOM University of Automotive Malaysia juga turut mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka di pesta ini. Penyertaan khas oleh Yayasan Raja Zarith Sofiah juga akan turut mengambil bahagian di Autofest kali ini. Pengunjung juga boleh mendapatkan cenderahati di gerai foto DRB-HICOM Autofest, dan menjamu selera di ‘food truck’.

Cabutan bertuah juga bakal menanti dan anda mungkin berpeluang untuk memenangi hadiah utama iaitu sebuah kereta Proton Saga 1.3 CVT baharu, sebuah motosikal Modenas CT115s dan hadiah-hadiah menarik yang lain. Untuk layak menyertai cabutan bertuah, para pengunjung perlu membeli produk bernilai RM50 atau lebih, atau menempah kenderaan di karnival ini.

DRB-HICOM juga akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan ulang-alik dari stesen LRT Glenmarie dan tempat letak kenderaan berhampiran untuk kemudahan para pengunjung ke DRB-HICOM Autofest 2017. Untuk maklumat lanjut mengenai DRB-HICOM Autofest 2017, sila lawati www.drbhicom.wordpress.com

KLIK UNTUK BESARKAN

AutoFestFlyerEng(A5)FA

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Woow..! macam tak percaya.. Pengedar lain bagi ang pow, rebat sehingga 5k-10k.. Tetapi DRB bagi diskaun sehingga 150k…… yay..! RM150,000 untuk model terpilih.. Cayalah.. 😮

Leave a Reply