Akibat penularan satu status yang telah dimuatnaik oleh akaun Facebook yang menggunakan nama Perodua Malaysia Company, Perodua tampil dengan penjelasan yang mereka tidak mengadakan kempen pemberian 15 unit 15 unit Myvi secara percuma seperti yang digembar-gemburkan. Menurut Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr. Zahari Husin, pihak mereka langsung tida kaitan dengan akaun Facebook tersebut.
Status tersebut telah pun diturunkan oleh pemilik akaun tersebut dan Perodua menasihatkan orang ramai supaya hanya merujuk kepada saluran rasmi mereka Facebook (MYPerodua), laman sesawang rasmi www.perodua.com.my, Instagram (MYPerodua_instagram) dan laman web kesetiaan pelanggan (www.ufirst.com.my) untuk mengetahui kempen dan promosi terkini.
Perodua kini sedang menjalankan kempen jualan sempena kedatangan Tahun Baharu Cina “Golden Prosperity Deals” yang memberikan diskaun sehingga RM3, 888 untuk model terpilih. Selain itu Perodua juga bakal menganjurkan karnival terbesar Perodua, “MYPerodua Nation”,di tapak parkir luar Aeon Mall Shah Alam pada 20 dan 22 Januari 2017.
KLIK UNTUK BESARKAN
Kempen dan promosi palsu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.. Perodua bertindak pantas membetulkan keadaan..