ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

BOCOR : Brosur Axia facelift tular di laman sosial!

Views

Foto brosur Axia facelift yang telah tular di laman sosial tersebar ini, ibarat mengesahkan info yang telah kami kongsikan dalam artikel terdahulu. Tempahan untuk model pertama Perodua untuk tahun 2017 ini akan dibuka mulai esok dan pelancaran rasminya dijangka pada 20 Januari ini.

Axia facelift bukan sekadar perubahan kosmetik semata-mata, tetapi ia bakal tampil dengan beberapa ciri baharu yang menarik. Antara ciri ciri tersebut adalah :

1. Enjin VVT-i baharu yang turut digunakan pada model Bezza
2. Rekabentuk bumpar dan lampu hadapan serba baharu (seakan Honda Jazz)
3. Butang penghidup enjin (untuk varian Advanced dan SE sahaja)
4. Pemain DVD dan sistem navigasi GPS dengan Mirror Link (untuk varian Advanced sahaja)
5. Bonet belakang dengan pemegang pintu
6. Warna Cherry Blossom dan Lemon Grass Green tidak akan dikeluarkan lagi

Berikut adalah harga tentatif Axia facelift dan juga pilihan variannya:

1. Varian 1.0 E (Manual) – RM24,900
2. Varian 1.0 G (Manual) – RM34,900
3. Varian 1.0 G (Automatik) – RM36,900
4. Varian 1.0 SE (Manual) – RM37,900
5. Varian 1.0 SE (Automatik) – RM39,900
6. Varian 1.0 Advanced (Automatik) – RM42,900

Kalau nak tahu lebih lanjut dan menempah model ini, sila ke bilik pameran Perodua yang berhampiran mulai esok!

KLIK UNTUK BESARKAN

brosur Axia facelift

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments


  • sayang ESC takde. kenapa lah pengeluar automotif malaysia ni tak berfikiran ke hadapan tentang safety system untuk sesebuah kereta? dekat eropah bukan ESC je dikuatkuasakan bahkan dah maju kehadapan dengan autonomous emergency braking (AEB), forward collision warning, lane departure warning dan lain-lain, manakala malaysia masih ditakuk lama walaupun Wawasan 2020 hanya 3 tahun lagi


  • Tidak dapat dinafikan ciri baru Axia FL sememangnya menarik.. Tetapi ESC sangat penting..

    Pengalaman saya memandu Preve Premium lebih empat tahun, ESC banyak membantu mengelakkan kemalangan kecil/besar terutamanya ketika tayar sudah botak.. Pada keadaan jalan yang basah, sangat berbahaya memandu kereta denga tayar botak jika tiada ESC, tetapi pada ketika itulah ESC bekerja keras 100% membantu untuk kestabilan kereta..

    ESC sememangnya wajar diwajibkan secepat mungkin..

Leave a Reply