ARKIB

KATEGORI

Buletin

DRB-HICOM bakal membangunkan semula kilang Proton di Shah Alam

Views

Shah-Alam-02

Menurut laman web www.btimes.com.my kilang Proton di Shah Alam akan dibangunkan semula secara bersepadu dan mampu menjana Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sekitar RM4 billion. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Zerin Properties, Previn Singhe berkata,  GDV RM4 bilion itu boleh dicapai bergantung kepada kepadatan dan jenis hartanah yang dirancang oleh DRB-HICOM. Beliau berkata GDV RM4 bilion akan memberikan margin keuntungan bersih sebanyak 20 hingga 30 peratus kepada DRB-HICOM iaitu RM800 juta hingga RM1.2 bilion.

Tanah komersil di Shah Alam kini dijual lebih daripada RM100 setiap kaki persegi. Previn berkata DRB-HICOM boleh membangunkan tanah dengan usaha sama dengan Proton atau membelinya secara terus. Sumber rapat dengan DRB-HICOM berkata mereka merancang untuk memindahkan kompleks di Shah Alam ke Proton City di Tanjung Malim, Perak.

Idea untuk membangunkan semula tapak ini adalah untuk meningkatkan bahagian pembangunan hartanah DRB-HICOM dan sebagai sumber pendapatan masa depan. Langkah untuk berpindah ke Tanjung Malim juga akan membantu mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan pengeluaran Proton.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

17 Comments


  • Sepatotnya PSA dijadikn sbg Center of RnD…sbb facilities agak lengkap…PTGM better fokus on assy shj….xyah la nk jual PSA….tmpat kelahiran proton kot….ade sentimental value…..


  • Sebagai entiti perniagaan, keuntungan syarikat adalah lebih penting. Dan sebagai pengeluar kereta kecil-kecilan, elok juga semuanya dipindahkan ke tanjung malim kalau itu mampu mengurangkan kos dan mengoptimumkan penggunaannnya.


  • kos untuk vendor hantar part mesti meningkat kalau pindaf TM. Aku rasa patut pindahkan kilang tg malim tu ke shah alam ni. hehehe..


  • PSA mempunyai sentimental value kepada rakyat Malaysia dimana Proton dilahirkan. Memandangkan Proton telah dimiliki satu entiti koperat, adalah wajar untuk DRB memaksimakan keuntungan & pendapatan. Memiliki 2 kilang di 2 lokasi yang terletak berjauhan antara satu sama lain adalah tidak wajar memandangkan permintaan/perjualan kenderaan tahun kurang dari 200,000 unit setahun. PTM memiliki kawasan yang amat luas dan mempunyai kemudahan yang amat lengkap untuk kehidupan seharian untuk keluarga pekerja2 Proton. Walaubagaimanapun, Proton juga perlu mengambil pengiraan terhadap kesan2 kos pengeluaran disebabkan lokasi kedudukan kilang produksi vendor2 yang terletak luar dari PTM (seperti di Shah Alam & juga di Pekan Pahang). Oleh itu, Proton perlu untuk mempunyai satu program yang amat koprehensif & yang amat jelas kesan2 pengalihan pengeluaran kenderaan dari Shah Lam ke Tanjung Malim.


  • Sebenarnya takde masalah pun nak stop production di Shah Alam ni. Caranya? Model yang sedang diapasang di Shah Alam ni semuanya dah dekat2 EOL produk. Jadi model pengganti semuanya akan dibuat di Tg. Malim. Model yang dipasang di Shah Alam pun tinggal model Exora dengan Inspira sahaja kan.

    Cuma harapnnya, bila dibangunkan kwasan ni, duit ni bolehlah Proton rolling untuk produk development dan buat testing tahap gaban supaya pengguna awal takdelah jadi ‘lab rat’ untuk test kereta baru lepas tu berulang-alik ke SC claim warranty atas isu2 kualiti yang remeh temeh.


  • Saya setuju dgn bro azrai. Biasanya 2000 pertama tulah yg penting. Saya ada sbb nape model hatchback ni hendak dilancarkn lepas raya. So Proton buat dan pasang yg terbaik pada 2000 unit pertama ni. InsyaAllah salah satu dlm 2000 unit ni saya punya. So saya mahu yg terbaik dan tak perlu agen berbayar dari Proton, saya sendiri yg akan promosi utk model ni jika hasilnya nanti boom dan mantop.


  • Ah, teringat pulak gambar spyshot dari udara yg pernah dipaparkan di FD dulu.huhu..

    Ada cakap2 orang yg saya dengar, anchor tenant di kawasan utara Federal Highway di Shah Alam ialah UiTM, manakala anchor tenant di kawasan selatan pula adalah Proton…

    Penempatan semula kilang Proton perlu dikaji betul2. Biar semua stakeholders dapat manfaat termasuklah pengguna/end user jenama Proton itu sendiri…


  • Pernah dulu open untuk bakal pembeli wat testdrive besar besaran kat sini kan..

    kalau dah tak ada SA plant dah takleh wat camtu la…. kena wat taempat lain..

    Testdrive drive besar besaran tu bagus.. bagi orang drive it to believe it..


  • Sepatutnya operasi dijalankan di T.Malim sahaja. Dari segi kos yg pelbagai (boleh dijimatkan) & menumpukan & memajukan Proton City. tetapi mungkin akan ada dua perkara berbangkit (pendapat saya);

    1) Bagaimana untuk mengurus proses pemindahan & penempatan staff & keluarga staff yg telah lama bekerja dgn proton
    2) Menguruskan perpindahan peralatan kritikal / hi-tech dari kilang casting, enjin, stamping etc, yg mana akan mengambil masa yg lama


  • rasa nak move equipment kilang tuh sekejap jek siap…tapi nak move the people tuh yang lamer…ramai kot yang tak rela berenggang ngan anak isteri..


  • berdasarkan pengalaman saya (dalam bidang perkilangan), kalau simple equipment spt conveyer mungkin tidak mengambil masa lama. Tetapi bila melibat kan mesin penuangan / casting yg berat beratus tan, mesin CNC yang berpuluh2 buah, mungkin mengambil masa yg lama kerana stok perlu dibuat terlebih awal. Equipment tersebut juga perlu dipasang, diukur, & ditentusahkan semula kerana telah bergerak dalam jarak yg jauh (sekitar ~100km). Sekurang2nya 1-2 bulan juga.


  • He dismissed speculation that Proton would be shifting its Shah Alam operations to the plant in Tanjung Malim.

    “It is not practical, not economical and neither does it make much business sense to do that immediately,” he said. The Shah Alam plant produces about 160,000 cars annually.

    Deputy CEO Datuk Lukman Ibrahim said the Tanjung Malim plant would be on full utilisation by the second half of next year.


  • pemindahan PSA bukan setakat memindahkan fasiliti semata, tetapi perlu di fikirkan juga para pekerja yang rata2 telah lama berkhidmat di situ, yang mana keluarga, harta benda semua dah bertapak sekeliling Shah Alam/Lembah Klang. Pada hemat saya juga, Tg Malim masih tidak memiliki prasarana untuk kehidupan berkeluarga yang lengkap. Sekolah, Hospital & fasiliti asas lain perlu di pertingkat terlebih dahulu(bilangan&kualiti) sebelum ia boleh manjadi hub pengeluaran automotive sepenuhnya.

Leave a Reply