ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ducati buka bilik pameran baharu, perkenal model Edisi Khas Multistrada 1200 ABS China Adventure

Views

IMG_008

Ducati Malaysia (Next Bike Sdn Bhd) melancarkan bilik pameran pengedar Ducati pertama di Sungai Buloh, setahun selepas perasmian Pusat Ducati terbesar di Asia di Petaling Jaya. Pelancaran Ducati Welly Sungai Buloh sebagai pengedar rasmi Ducati menandakan permulaan rancangan Ducati Malaysia bagi membangunkan lagi jenama tersebut di seluruh negara. Sempena dengan pembukaan Ducati Welly Sungai Buloh, Ducati Malaysia juga melancarkan Multistrada 1200 ABS China Adventure edisi khas.

Turut hadir pada pelancaran itu ialah Encik Pierfranceso Scalzo, Pengarah Komersial Ducati Rantau Asia, Encik Nik Danial Nik Mahmood, Naib Presiden NAZA Division Two Wheels, yang mewakili Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Encik Ngo Yoke Kwang, pemilik dan pengendali Ducati welly Sungai Buloh dan Encik Nageb Abdul Majid, Presiden Ducati Club Malaysia.

“Melangkah ke hadapan, kita sedang merancang untuk membuka beberapa bilik pameran CI lebih baru untuk meluaskan kehadiran jenama Ducati di Malaysia dan membolehkan kita untuk memeberi perhidmatan lebih baik kepada pemilik dan pelanggan Ducati. Kawasan-kawasan utama yang sedang dipertimbangkan adalah Hartamas, Pulau Pinang, Kelantan, Johor dan Kuching,” kata Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza.

Bilik pameran Ducati Welly Sungai Buloh menawarkan pelbagai produk Ducati – dari motosikal, barangan cenderahati, barangan naik taraf prestasi dan alat ganti tulen. Terdapat juga pusat servis Ducati yang mampu mengendalikan 5 motosikal serentak dalam satu masa.

Ducati Malaysia juga memperkenalkan model edisi khas Multistrada 1200 ABS China Adventure, hanya terhad kepada 50 unit dan dijual pada RM95,888. Model edisi khas ini telah dikeluarkan sempena ekspedisi pertama Ducati Strada China Adventure sejauh 5,168 km melalui Utara Timur China, dari Tianjin ke Dalian yang bakal berlansung pada 27 Ogos-18 September yang akan mengambil masa selama 23 hari dan disertai oleh 14 orang penunggang.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply