ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

Volkswagen ungguli Rali Greece!

Views

2013_Volkswagen_Polo_R_WRC_-_Monte_Carlo_004_4481

*gambar sekadar hiasan

Jari-Matti Latvala / Miikka Anttila (FIN / FIN) baru-baru ini telah berjaya memenangi Rally Acropolis di Greece dengan jentera rali Polo R WRC. Ini adalah kemenenangan keempat Volkswagen pada musim ini , manakala kejayaan pasangan tersebut merupakan yang pertama mereka buat pasukan. Dua lagi mata berjaya dipungut oleh pasukan pengeluar dari Wolfsburg dengan kejayaan Andreas Mikkelsen / Mikko Markkula (N / FIN) di tempat keempat.

Rali Greece merupakan pusingan yang paling mencabar dalam Kejohanan Rali Dunia. Ini sekaligus menguji ketahanan jentera Volkswagen Polo R WRC yang terpaksa mengharungi laluan yang berdebu tebal, suhu yang tinggi dan permukaan yang berbatu. Walaupun jaraknya semakin pendek berbanding yang terdahulu, namun ia tetap menjadi halangan yang sukar buat semua peserta dari awal hingga akhir perlumbaan.

Sementara itu, Sébastien Ogier / Julien Ingrassia masih lagi berada di kedudukan tempat teratas mereka dalam Kejohanan WRC untuk walaupun sekadar berada di tempat kesepuluh. Kini pasukan Volkswagen Motorsport terus unggul untuk menerajui Kategori Pengeluar sambil diekori rapat oleh pasukan Citroën Total Abu Dhabi World Rally Team ditempat kedua.

Keputusan Penuh FIA World Rally Championship (WRC),
Rali Greece
1Jari-Matti Latvala/Miikka Anttila (FIN/FIN), Volkswagen4h 31m 01.2s
2Daniel Sordo/Carlos Del Barrio (E/E), Citroën+ 1m 50.0s
3Thierry Neuville/Nicolas Gilsoul (B/B), Ford+ 2m 14.1s
4Andreas Mikkelsen/Mikko Markkula (N/FIN), Volkswagen+ 3m 55.1s
5Nasser Al-Attiyah/Giovanni Bernacchini (Q/I), Ford+ 4m 12.6s
6Mads Østberg/Jonas Andersson (N/S), Ford+ 5m 48.7s
7Mikko Hirvonen/Jarmo Lehtinen (FIN/FIN), Citroën+ 8m 00.7s
8Martin Prokop/Michal Ernst (CZ/CZ). Ford+ 8m 01.2s
9Evgeny Novikov/Ilka Minor (RUS/A), Ford+ 8m 11.1s
10Sébastien Ogier/Julien Ingrassia (F/F), Volkswagen+ 10m 10.3s
the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply