ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ducati Monster 795 kini dengan ABS!

Views

DSC_2881

Ducati Malaysia (Next Bike Sdn Bhd), anak syarikat Kumpulan NAZA memperkenalkan motosikal terbaru mereka Ducati Monster 795 ABS, bersempena dengan Ujian Pra Musim MotoGP di Sepang, Malaysia. Sempena sambutan Tahun Baru Cina, Ducati Malaysia juga menawarkan promosi yang luar biasa perayaan yang pasti akan meraih perhatian pencinta Ducati!

Hadir pada pelancaran itu ialah Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, EN Nik Danial Nik Mahmood, Naib Presiden NAZA Two Wheels, Encik Juan Chow Wee, Pengurus Besar Next Bike Sdn Bhd, Encik Paolo Ciabatti, Pengarah Projek MotoGP Ducati Encik Vitioriano Guareschi, Pasukan Pengurus MotoGP Ducati serta penunggang MotoGP Ducati – Nicky Hayden dan Andrea Dovizioso.

Monster baru 795 ABS (Anti-lock Braking System) adalah tambahan yang menarik untuk barisan model Monster. Ia direkabentuk dengan perhatian yang tinggi kepada perincian keselamatan untuk memastikan status Monster kekal sebagai seperti biasa.

Pelancaran Monster 795 ABS bertepatan dengan Tahun Baru Cina dan sempena meraikan musim perayaan ini, Ducati Malaysia menawarkan promosi Tahun Baru Cina yang menakjubkan dan menjamin pelanggan kadar faedah yang rendah dari 1.99% sehingga 7 tahun.

Ducati Malaysia akan memperkenalkan sejumlah 6 model baru tahun ini. Untuk 2013 Next Bike bakal membina bilik pameran 3S Ducati seluruh Utara, Selatan, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak – dengan 2 atau 3 pusat Ducati bakal dibina pada separuh pertama tahun ini. Harga jualan untuk model Ducati Monster 795 ABS adalah RM 66,888.00.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply