ARKIB

KATEGORI

Buletin

E-kad jemputan majlis pelancaran X70 yang tular adalah PALSU – Proton

Views

Disebabkan ramai yang dah tidak sabar lagi untuk mengetahui harga dan ingin memandu uji Proton X70, hari ini tular satu imej grafik yang dikatakan kad jemputan elektronik ke majlis pelancaran rasmi Proton X70 di laman-laman sosial. Dalam grafik tersebut tertera tarikh, lokasi dan atur cara majlis tersebut namun pihak Proton bertindak pantas dan mengumumkan sebentar tadi menerusi laman Facebook rasminya bahawa e-kad jemputan itu sebenarnya adalah PALSU.

JOM BACA >> INTIP: Stok Proton X70 mula tiba, Iriz MC2 ronda-ronda dekat McD

Pihak Proton juga berjaya mengesan beberapa kesilapan dalam rekaan grafik kad jemputan tersebut, seperti kesilapan ejaan “Execlusive” dan lokasi pelancaran yang sepatutnya ditulis “Grand Ballroom, KL Convention Centre” bukan hanya perkataan “Ballroom” sahaja. Proton tidak pernah mengeluarkan sebarang e-kad jemputan sedemikian dan menggesa pelanggan dan pengikut media sosialnya untuk membuang kad jemputan palsu tersebut serta kandungannya.

Tunggu je la pengumuman rasmi dari Proton dari semasa ke semasa ye! Jangan sebarkan maklumat palsu.

JOM BACA >> INTIP: Proton Iriz MC2 sah pakai antena sirip jerung

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply