Empat individu termasuk seorang wanita cedera dalam nahas empat kenderaan di Jalan Bukit Rotan di Kuala Selangor, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan jam 5.24 pagi tadi.
JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran
Beliau berkata, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian.
Menurut laporan awal, kemalangan membabitkan sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit, kenderaan utiliti sukan (SUV) Lexus RX270, motosikal Yamaha RX-Z dan ambulans swasta.
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?
Nahas berlaku ketika pemandu lori dan penunggang motosikal parkir di bahu jalan untuk menolong ambulans yang terbabas ke tepi jalan. Terdapat dua mangsa dalam ambulans itu namun mereka tidak cedera.
Ahmad Mukhlis berkata, tidak lama selepas itu SUV Lexus pula melanggar lori tangki dan motosikal sehingga terbakar 80 peratus.
Empat mangsa berusia 33 hingga 56 cedera ringan manakala tiga lagi berusia 23 hingga 45 tahun tidak mengalami kecederaan. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Love Kuala Selangor
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
KOMEN TERKINI