ARKIB

KATEGORI

Buletin

Foto Proton S70 varian Flagship X warna Marine Blue siap dengan kit badan tular!

Tular

Views

Beberapa foto Proton S70 varian Flagship X berwarna Marine Blue siap dengan kit badan mula tular di media sosial sejak semalam.

Foto-foto tersebut telah dikongsikan oleh dua ahli group Facebook, Malaysia S50/S70 Community (MYS50/S70COM) bernama Zai Wau Lam dan Amirul Faiz.

Jika diperhatikan pada ‘tera air’ (watermark) pada foto tersebut, ia telah pun dimuat turun menerusi portal CarBase.my.

Jika merujuk pada risalah rasmi yang tular sebelum ini, kit badan penuh dan spoiler kecil (ekor itik) pada pintu but belakang akan ditawarkan sebagai aksesori pilihan dan bukannya khusus untuk varian Flagship X.

Tempahan model sedan pengganti Prevé ini telah pun mula dibuka sejak 1 November 2023 dengan bayaran sebanyak RM500, serentak dengan pelancaran barisan pengeluarannya di Tanjung Malim.

Proton S70 (SS11) akan ditawarkan dalam empat pilihan varian, iaitu:

  • 1.5T Executive
  • 1.5T Premium
  • 1.5T Flagship
  • 1.5T Flagship X

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Tujuh pilihan warna yang ditawarkan mengikut varian pula adalah:

  • Marine Blue (Metalik) – 1.5T Flagship dan 1.5T Flagship X sahaja
  • Armour Silver (Metalik) – 1.5T Premium dan 1.5T Flagship sahaja
  • Quartz Black (Metalik) – 1.5T Flagship X sahaja
  • Space Grey (Metalik) – semua varian
  • Teal Bayou Green (Metalik) – warna baharu, 1.5T Flagship dan 1.5T Flagship X sahaja
  • Passion Red (Solid) – 1.5T Premium dan1.5T Flagship sahaja
  • Snow White (Solid) – semua varian
Berikut adalah perincian perincian ringkas S70 (SS11) mengikut varian (termasuk info terdahulu):
Varian 1.5T Executive
  • Rim aloi bersaiz 16-inci
  • Lampu hadapan jenis halogen
  • Butang penghidup enjin dan ciri kemasukan pintar (pintu sebelah pemandu sahaja)
  • 5 slot USB, 4 pembesar suara
  • 6 beg udara
  • Paparan meter monokrom bersaiz 3.25-inci
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan Bantuan Mendaki (HHA)
  • Kawalan Jelajah
  • Brek parkir elektronik
  • Amaran Lintasan Trafik Dari Belakang (RCTA), Amaran Rempuhan Belakang, Amaran Buka Pintu dan Bantuan Ubah Lorong
  • Paparan unit inforia bersaiz 8-inci – ressolusi 1024 x 600 Linux
  • Kemasan tempat duduk fabrik

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Varian 1.5T Premium (tambahan dari varian 1.5T Executive)
  • Bolong pendingin hawa di belakang
  • Lampu hadapan jenis LED
  • Pendingin hawa automatik
  • Jejalur lampu belakang
  • Lampu hadapan  automatik
  • Kemasan dalaman jenis kulit buatan (leatherette)
  • Kamera undur, penderia parkir di hadapan dan belakang
Varian 1.5T Flagship (tambahan dari varian 1.5T Premium)
  • Rim aloi bersaiz 17-inci
  • Bukaan pintu but belakang induktif
  • Paparan meter jenis LCD bersaiz 10.3-inci berdefinisi tinggi – resolusi 1920 x 720 Atlas + Android
  • Unit inforia bersaiz 12.3-inci
  • Tempat duduk pemandu kuasa
  • Pengecas nirwayar
  • Kamera 360 darjah dengan paparan 3D
  • Sistem pemantau tekanan tayar
  • Bantuan Pemandu Termaju (ADAS 2.0 sama seperti model X90) – Bantuan Kekal Lorong Kecemasan (ELKA) dan APA tidak ditawarkan.
  • Pemantau Tekanan Tayar
  • Arahan Suara (Hi Proton!)
Varian 1.5T Flagship X (tambahan dari varian 1.5T Flagship)
  • Bumbung suria (sunroof)

Masih belum ada informasi mengenai tarikh pelancarannya yang dijangka pada akhir bulan ini, manakala sesi pratonton awal secara tertutup telah pun berlangsung di beberapa lokasi terpilih di seluruh negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit CarBase.my

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply