ARKIB

KATEGORI

Buletin

Enjin Ford EcoBoost 1.5L dan Ford Focus terima pengiktirafan

Views

Inilah yang dikatakan kecil-kecil cili padi. Walaupun bersaiz kecil dan lincah tetapi enjin empat-silinder Ford 1.5L EcoBoost sememangnya amat berkuasa, jimat bahan api dan pada masa yang sama juga meningkatkan pemanduan dan prestasi. Kriteria inilah yang mengangkatnya untuk menerima pengiktirafan khas dari VOTY 2017 dan #ABC2016 sebagai pemenang anugerah Enjin Petrol Tahunan di Vehicle of the Year Awards (VOTY) 2017.

Enjin ini bukan sahaja menjimatkan bahan api, malah dapat mengeurangkan pelepasan gas karbonn dioksida sehingga 20 peratus dan juga merupakan enjin pertama dari Ford yang menggabungkan klac kawalan komputer pada pam air dipacu-tali sawat, yang meningkatkan kecekapan dengan mengurangkan masa pemanasan enjin. Penyejuk udara dengan sistem penyejukan air ditambah bagi memberikan kemasukan udara lebih cekap ke dalam enjin.

VOTY 2017, dianjurkan oleh laman sesawang permotoran Malaysia www.dsf.my and Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, dengan penaja-bersama Bosch Malaysia dan Starbucks Malaysia pada 12 Mei lalu. Ia merupakan acara anugerah automotif tempatan pertama yang memberi penghormatan kepada produk yang terbaik dan menghargai usaha keras rakyat Malaysia yang membawanya ke sini.

Ford Focus yang dilengkapi enjin 1.5L EcoBoost pula dipilih oleh AutoBuzz.my sebagai Kereta Terbaik Tahunan 2016, #ABC2016. Ia dipilih berdasarkan enjin berpengecas turbonya yang berkuasa dan responsif. Enjin 1.5L EcoBoost turut ditawarkan pada model Ford Focus dan Ford Kuga yang dijual di Malaysia.

Tahniah kami ucapkan!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply