ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Lexus LC 500 serba baharu dibuka – Harga RM940K

Views

Lexus Malaysia, anak syarikat UMW Toyota Motor Sdn Bhd mula membuka tempahan model coupe perdana, Lexus LC 500 serba baharu mulai semalam. Tempahan boleh dibuat disemua bilik pameran Lexus seluruh Malaysia. Sejak kemunculan global pertamanya di North American International Auto Show 2016, LC mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan pelanggan membuat tempahan awal untuk mendapatkannya.

Di Jepun, tanpa perlu menunggu lama selepas pelancarannya, jumlah tempahan yang diterima berjaya mencecah angka bersamaan dengan unjuran jualan selama tiga tahun. Menampilkan rekabentuk yang berani, prestasi yang mengagumkan dan diinspirasikan dari semangat LF-LC Concept. Lexus LC juga adalah pelopor dalam rekaan Lexus dan revolusi prestasi. Ia dikuasakan oleh enjin V8 5.0-liter, yang menjana 470 hp.

LC dikeluarkan di kilang yang terletak di Motomachi, Jepun yang merupakan kilang sama yang mengeluarkan model supercar LFA pada 2011 dan 2013. Harga (di atas jalan tanpa insurans) Lexus LC 500 adalah seperti yang tertera di bawah:

Pelanggan yang ingin menjadi antara yang pertama memilikinya di Malaysia, kini boleh membuat tempahan di semua cawangan dan pengedar sah Lexus diseluruh negara. Lexus LC serba baharu didatangkan dengan waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan. Pemilik baharu juga bakal menikmati servis berjadual secara percuma di pusat servis Lexus yang bertauliah untuk lima tahun pertama. Khidmat sokongan selepas jualan sepenuhnya terdapat di tujuh lokasi di Malaysia yang memiliki juruteknik profesional yang dilatih secara intensif  oleh Lexus.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply