ARKIB

KATEGORI

Buletin

ETCM lancar Kempen Keselamatan Nissan 2017

Views

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) melancarkan Kempen Keselamatan Nissan yang cukup popular untuk mendidik rakyat Malaysia dengan pengetahuan berkaitan keselamatan jalan raya menerusi pelbagai aktiviti yang kreatif dan menyeronokkan. Kempen ini akan dijalankan bersama Karnival Pandu Uji ETCM di seluruh negara.

Sesi pertama daripada tujuh siri pandu uji itu akan diadakan pada 10 dan 11 Jun 2017 di lokasi berikut:

Tarikh MasaWilayahLokasi
10 – 11 Jun10am – 8pmTengahETCM Petaling Jaya, Selangor
UtaraETCM Butterworth, Pulau Pinang
SelatanETCM Johor Jaya, Johor Bahru
SarawakETCM Kuching, Sarawak
10am – 10pmSabahIMAGO Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah

Satu sesi Ceramah Keselamatan yang dikendalikan oleh Kapten K. Balasupramaniam, Pengasas Kelab Marshal Keselamatan Jalan Raya akan diadakan di ETCM Butterworth, Pulau Pinang. Sesi ini adalah percuma dan penyertaannya adalah berdasarkan kepada ‘siapa cepat, dia dapat’. Orang ramai yang ingin menyertainya boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ETCM di talian +603-4047 8788 atau hantar e-mel ke: [email protected].

Tambahan pula, pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung di setiap karnival, antaranya:

  • Penggantian Inflator Beg Udara Takata: penggantian percuma untuk kenderaan Nissan yang terlibat
  • Pengalaman Memarkir Dalam Gelap: tingkatkan kemahiran memarkir anda dengan ciri 360°Intelligent Around View Monitor pada Nissan X-Trail
  • Pengalaman Pandangan yang Terjejas: alami dan fahami bahaya pandangan yang terjejas terutama ketika berada di bawah pengaruh alkohol
  • Penerangan Tempat Duduk Kanak-kanak: sesi ini mengetengahkan tentang kepentingan tempat duduk kanak-kanak dan cara pemasangan yang betul di dalam kenderaan. Bengkel ini hanya akan diadakan di ETCM Petaling Jaya.

ETCM turut memperkenalkan Nissan Navara dengan warna luaran baharu, Earth Brown bagi membolehkan pelanggan untuk balik kampung dengan lebih bergaya pada musim perayaan ini. Warna ini hanya ditawarkan untuk gred V dan VL sahaja. ETCM juga melanjutkan promosi Nissan Almera 1.5L Automatik dengan bayaran bulanan hanya RM600* sebulan sempena sambutan Ulang Tahun ke-60 Tan Chong Group.

Rebat menarik dan penjimatan sehingga RM6,500 ke atas model-model terpilih, termasuklah tawaran 0% Skim Bayaran Pendahuluan Mudah dan Promosi RM1 turut ditawarkan. Pelanggan yang mendaftar dan membeli sebuah kenderaan Nissan sepanjang tempoh promosi ini turut layak untuk memenangi perkakasan rumah premium Hitachi bernilai sehingga RM108,888*.

Orang ramai dijemput untuk mengunjungi Siri Jelajah Nissan seperti tarikh dan lokasi di bawah:

TarikhLokasi
4 – 10 JunTesco Kota Bharu, Kelantan
7 – 11 JunEast Coast Mall, Kuantan
8 – 14 JunMydin Kuala Terengganu, Terengganu
9 – 11 JunIMAGO Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah
12 – 18 JunAEON Bandaraya Melaka, Melaka
15 – 18 JunIpoh Parade, Ipoh
26 Jun – 2 JulaiVivacity Megamall, Kuching

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ETCM Nissan di talian 1800-88-3838.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply