ARKIB

KATEGORI

Buletin

Enjin NR dari Kilang enjin baru Toyota di Karawang mungkin digunakan pada model sedan Perodua?

Views

Artikel oleh : Shamsul Yunos

• Kapasiti 216,000 enjin setahun dengan 400 pekerja
• Enjin NR berkapasiti 1.3 dan 1.5 dihasilkan, sebahagiannya akan dieksport
• Toyota jadikan Indonesia salah satu hab penghasilan enjin dan kenderaan
• Ini kilang kelima Toyota di Indonesia dan ketiga di Karawang
• Langkah ini menyekat kemaraan Volkswagen

Toyota terus mengorak langkah di Indonesia, satu pasaran yang dikira amat penting dalam jangka masa lima hingga sepuluh tahun yang akan datang. Dengan bilangan penduduk yang mencecah 300 juta, pasaran ini dijangka akan meletup dan mendominasi pasaran ASEAN.

Walaupun sudah bertapak di Thailand, Toyota sedar bahawa Indonesia bakal menjadi pendorong utama pasaran domestik ASEAN dan ia satu pasaran unik yang memerlukan penyelesaian tersendiri dan ini sudah terbukti dengan kejayaan model terdahulu seperti Kijang dan Indonesia kini sedang memasuki fasa baru dalam pembangunan ekonomi dan sosial.

Pegawai Pengurus Kanan Toyota Motor Manufacturing Indonesia (TMMIN) berkata Indonesia adalah salah satu hab penghasilan enjin dan kenderaan bagi gergasi Jepun itu dan mereka mahu menjadi komponen penting masyarakat setempat.

Sebelum ini Toyota telah membina kilang untuk menghasilkan model Fortuner di Karawang pada tahun 1998 dan fasiliti untuk Vios pada 2013 dan kilang enjin ini ialah ketiga milik Toyota di sini. Kilang enjin ini dibangunkan dengan kos USD172 juta (RM712 juta) dan menjana 400 pekerjaan baru dan boleh menghasilkan 216,000 unit enjin NR berkapasiti 1.3-liter dan 1.5-liter.

Keluarga enjin ini dibangunkan bersama oleh Toyota dan Daihatsu dan direka untuk jimat bahan api dan tahan lasak serta sesuai untuk pasaran membangun seperti ASEAN. Enjin ini bakal digunakan pada model popular Toyota seperti Vios, Avanza dan juga model Perodua seperti Myvi, Alza dan juga model sedan yang bakal diperkenalkan tahun ini.

Perodua dan Daihatsu juga sedang dalam proses pembinaan kilang enjin di Sendayan, Negeri Sembilan namun kilang tersebut dijangka siap pada separuh kedua 2016 dan sudah tentu tidak sempat untuk membekalkan enjin untuk model sedan tersebut dalam masa terdekat. Mungkinkah enjin untuk model sedan tersebut diimpot dari Indonesia untuk fasa pertama? Kami akan bawakan perkembangan semasa apabila mendapat berita terkini.

Sementara itu di Indonesia, Toyota juga dikatakan telah mengubah fokus dari memburu perkembangan pasaran yang pantas kepada pembangunan yang mampan dan falsafah ini menghasilkan kilang yang lebih mesra alam dan selamat untuk pekerja.

Toyota menggunakan teknologi terkini untuk melebur aloi di kilang tersebut, ia membolehkan logam dicairkan di dalam kilang menggunakan relau kecil yang mengurangkan risiko kemalangan ketika menggerakkan logam cair untuk penuangan dan menjimatkan kos pembinaan kilang.

Kilang ini juga menggunakan teknologi pasir bukan organik untuk menghasilkan ruang dalam acuan tuang. Penggunaan pasir organik menghasilkan partikel tar dan bau yang kuat, langsung memerlukan penapis habuk yang besar dan penyah bau.

Langkah ini akan membantu Toyota untuk mengekalkan kedudukan teratas dalam pasaran global dan sekaligus menyekat kemaraan pesaing terdekat, Volkswagen yang kepingin untuk menguasai pasaran ASEAN.

Volkswagen kini menghadapi pelbagai masalah dari segi kualiti dan perundangan yang melibatkan enjin disel mereka dan juga kotak gear klac berkembar (DSG) dan ini telah membantutkan usaha jenama Jerman tersebut, terutamanya di Malaysia.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply