ARKIB

KATEGORI

Buletin

Trak Dakar bantu Lewis Hamilton kekalkan kejuaraan F1?

Views

Formula 1 dianggap sebagai sukan permotoran yang penuh dengan teknologi tinggi dan jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan Rali Dakar, tetapi bagaimana trak jagoan yang berhempas pulas di Amerika Selatan ini membantu kemenangan pasukan Mercedes dalam Formula 1?

Apakah yang menyatukan trak Iveco ‘bison’ yang dikemudi oleh Gerard De Rooy dalam perlumbaan rali klasik tersohor dengan kereta yang canggih dipandu oleh Lewis Hamilton mencapai Kejuaaran Dunia?

Jawapannya ialah: Kuasa kuda. Kedua-dua jentera mampu menghasilkan hampir 900bhp.

Dalam Formula 1, jentera lumba Mercedes menggunakan enjin V6 1.6-litre petrol turbocharged yang dilengkapi sistem hibrid dengan dua motor-elektrik. Trak Iveco Powerstar Strator Torpedo pula mempunyai aras kuasa yang hampir sama dari enjin Cursor 13 enam sebaris, 12.9 liter diesel dengan turbo Holset.

Faktor kedua yang mengikat mereka ialah penggunaan minyak dan pelincir Petronas, yang bukan sahaja menjadi penaja pasukan tersebut, malah ia memainkan peranan cukup besar sebagai pembekal ekslusif selain memberi kesan kepada prestasi dan kebolehpercayaan kedua-dua jentera tersebut.

_r3t3359

Kepakaran Penyelidikan & Pembangunan

Di Pusat Penyelidikan & Pembangunan Petronas yang terletak di Moscow, jurutera pakar menyiasat keperluan petrol, pelincir dan bahan tambahan untuk memenuhi keperluan permotoran dalam bentuk yang paling ekstrem.

Operasi yang diketuai oleh Andrew Holmes, melakukan kajian di makmal yang sama untuk membangunkan produk-produk tertentu yang digunakan di padang pasir panas serta litar F1, Monza – di mana pedal gas masih terbuka untuk 67 peratus daripada masa sepusingan dengan kelajuan maksimum melebihi 350 km/h.

Integrasi kompleks antara kimia dan kejuruteraan khas diselaraskan oleh Pengurus Teknikal Sukan Permotoran, Andrea Dolfi dengan pendekatan khusus berdasarkan kejuruteraan bersama. “Metodologi ini dan penggunaan disiplin boleh menyediakan penyelesaian teknologi terbaik untuk kegunaan di jalan raya dan aplikasi yang paling ekstrem,” kata beliau.

Iveco__Dakar 2015

Dakar: Rali yang sangat ekstrem

Seperti yang kita ketahui Rali Dakar merupakan antara cabaran rali paling ekstrem di dunia ditambah pula dengan situasi yang tidak menentu. Namun, De Rooy yang memandu Iveco Powerstar, berjaya mendominasi perlumbaan yang diadakan di Argentina dan Bolivia. Peringkat yang paling mencabar adalah berada pada ketinggian lebih 5000 meter di atas paras laut, dengan suhu yang melampau.

“Dalam kabin sahaja suhu mencecah hampir 60 darjah Celcius, manakala suhu udara hampir 50 darjah Celcius. Kami menghadapi kesukaran untuk bernafas dan mengekalkan fokus amatlah sukar, bayangkan apa yang akan berlaku pada enjin anda.” kata De Rooy.

Pada altitud tinggi, udara sangat jarang sehingga kehilangan kuasa enjin hampir 40 peratus – dalam kes ini enjin hanya ada kurang dari 360 kuasa kuda. ” Kehilangan prestasi begitu dirasai ketika kekurangan kemasukan udara yang menyebabkan enjin menjadi lebih panas. Jika sistem penyejukan mengalami kegagalan, kami perlu membersihkan radiator, namun kami tidak mahu berhenti jika mahu meneruskan penguasaan.”

“Enjin yang terlampau panas memberi risiko dari segi kebolehpercayaannya, namun minyak pelincir Petronas Urania membolehkan kami untuk menang dengan melindungi mekanikal.” tambahnya lagi.

Petronas telah membangunkan pelincir kelikatan rendah Urania Next 0W-20 untuk kenderaan komersil dengan mengambil kesempatan daripada semua pengalaman yang dikumpul oleh pasukan De Rooy Iveco dari Rali Dakar, selain transmisi buatan khas dan penyejukan cecair untuk kegunaan khusus dalam sukan permotoran.

another-trick-found-inside-the-mercedes-amg-f1-engine-80342_1

Bagaimana ia dipindahkan dalam F1?

Keperluan untuk memindahkan kepanasan di gurun sangat berguna dalam Formula 1. Tahun lalu di Moscow, pasukan penyelidik membangunkan paten baharu bendalir yang membantu Mercedes meningkatkan prestasi sistem hibrid.

Jurutera di kilang pasukan F1 di Brixworth berjaya menahan suhu pada sistem ERS, membenarkan MGU-H – generator yang menggunakan haba panas dari turbo menjadi lebih laju. Petronas membekalkan Mercedes dengan lima bendalir yang digunakan oleh Silver Arrow: petrol, minyak enjin dan penyejuk, penukaran haba ERS dan sistem penyejukan.

Dalam tahun pertama pengenalan peraturan baharu hibrid dalam Formula 1 pada 2014, Petronas

Andy Cowell, Pengarah Urusan Enjin Prestasi Tinggi Mercedes AMG, memberitahu bagaimana kecekapan unit kuasa telah melonjak kepada 45 peratus, manakala enjin lama 2.4 liter V8 tahun 2013 beraspirasi semulajadi tidak melebihi 34 peratus.

Selama dua tahun penyelidikan hibrid, terdapat lonjakan besar teknologi yang telah meningkatkan prestasi, di samping mengurangkan penggunaan dan pelepasan. Objektif kecekapan enjin 50 peratus dalam F1 bukan lagi satu impian dan Petronas membawa bahan api baru dan pelincir pada 2016 yang disasarkan untuk mencapai matlamat ini yang pada sebelumnya dianggap ajaib.

Giuseppe D’Arrigo, CEO Petronas Lubricants International, memberitahu Motorsport.com, “Ujian di makmal sungguh menggalakkan, dan kami yakin mampu mengekalkan kelebihan – kedua-duanya pada petrol dan bendalir hibrid yang akan membolehkan Mercedes untuk kekal di hadapan pesaingnya.” Ujian musim sejuk di Barcelona seolah-olah telah mengesahkan jangkaan ini.

Sumber : motorsport.com

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply