ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tayar ‘mesra alam’ Bridgestone EP300 diperkenalkan

Views

Dengan pengalaman selama lebih 20 tahun, Bridgestone memperkenalkan tayar ‘Passenger Radial Ecopia EP300’ yang berciri mesra alam atau ‘eco’ terkini. Teknologi pada tayar EP300 dapat menjimatkan bahan api dan memberikan prestasi cengkaman yang unggul dalam keadaan basah selain jangka hayat penggunaan yang lebih lama. Melalui konsep reka bentuk dan penerapan penyelesaian kejuruteraan yang inovatif, EP300 mengorak kehadapan dan mentakrifkan semula konsep tayar mesra alam ke tahap yang seterusnya sesuai dengan cogan kata “Bila Anda Inginkan Segalanya” atau “When You Want It All”.

EP300 yang diwarisi dari keluarga ECOPIA, telah diuji dan telah dibuktikan dapat mencapai penjimatan bahan api sehingga 2 liter bagi setiap tangki yang diisi penuh berbanding dengan tayar konvensional. Dalam ujian perbandingan EP300 dengan generasi ECOPIA terdahulu, keputusan menunjukkan bahawa teknologi baru dan konsep reka bentuk yang digunakan untuk EP300 membantu mencapai penjimatan bahan api yang lebih baik, disamping menawarkan tambahan jarak perjalanan sehingga 11.2 km setangki dan prestasi cengkaman basah yang unggul untuk pemanduan yang lebih selamat di atas turapan basah.

Apakah kelebihan tayar ini?

  • Cekap bahan api – Rintangan putaran yang rendah oleh EP300 menyumbang kepada penjimatan bahan api harian dan pelepasan CO2 yang rendah, mengurangkan peninggalan kesan kenderaan kepada alam sekitar.
  • Cengkaman yang unggul pada permukaan basah – EP300 mempunyai ciri NanoPro-TechTM yang dipertingkatkan dengan bahan polimer baru yang memberikan cengkaman basah yang unggul selain, corak bunga tayar baharu menyumbang kepada prestasi anti-lapisan air, pengendalian yang lebih baik dan pengurangan bunyi bising.
  • Tahan lebih lama – Cuping atau ‘lug’ yang lebih dalam di bahu tayar direka untuk menguatkan ketahanan dan meningkatkan rintangan daripada haus. EP300 mempunyai reka bentuk bunga baharu yang dapat mengawal perubahan bentuk tayar dengan lebih baik dan menjadikan jangka hayat tayar bertahan lama melalui pembentukan pemakaian yang seragam.

Ecopia EP300 boleh didapati dengan 13 saiz yang berbeza bermula dari saiz 15 inci ke 17 inci dan akan didapati secara berperingkat dalam pasaran Asia Pasifik tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi pengedar Bridgestone yang sah berhampiran dengan anda. Seiring dengan komitmen Tanggungjawab Sosial Korporat sejagat yang terperinci “Our Way To Serve” oleh Bridgestone, Ecopia EP300 menyokong penjagaan Alam Sekitar dengan mengurangkan pelepasan gas dari kesan rumah hijau. Di samping itu, EP300 meningkatkan konsep pergerakan atau ‘Mobility’ dengan menyediakan cara yang lebih kekal untuk membantu cara manusia bergerak, hidup, bekerja dan bermain.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply