ARKIB

KATEGORI

Buletin

ETCM lancar Nissan X-Trail Aero Edition

Views

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah melancarkan versi premium SUV popularnya, Nissan X-Trail. Alat ganti aero baharu itu direka khas oleh TOMEI Motor Co., Ltd, satu jenama Jepun yang memang terkenal dengan teknologi dan prestasinya dalam sukan permotoran. Ia merangkumi satu aero bampar hadapan, spoiler sisi bawah dan aero bampar belakang untuk memberikan penampilan lebih garang.

Edisi Aero ini juga hadir dengan rim aloi lima jejari bersaiz 17 inci dan tempat duduk kulit Nappa berwarna perang yang memberikan rasa sofistikated kepada ruang dalaman.X-Trail Aero Edition baharu ditawarkan pada harga RM141,428,96* (2.0L 2WD Edisi Aero) dan RM163,616.06* (2.5L 4WD Edisi Aero), bersama jaminan selama tujuh tahun serta perbatuan tanpa had. Semua aksesori yang dipasang di kilang itu hadir dengan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana yang terdahulu).

Sempena ulang tahun ke-60 Tan Chong, ETCM menawarkan pelanggan dengan tawaran menarik ke atas X-Trail Edisi Aero. Pelanggan boleh berjimat sehingga RM6,000 atau memilih rebat Hari Raya berjumlah RM4,500 bersama promosi RM1.00 untuk Multimedia Navigator bersaiz 8 inci. Pemilik Nissan X-Trail sedia ada yang berminat juga boleh menaik taraf SUV mereka dengan Edisi Aero.

Sila hubungi talian 03-4047 8786 atau hantar emel ke [email protected]. atau layari laman web: www.nissan.com.my atau kunjungi mana-mana bilik pameran Nissan di seluruh negara. Berikut adalah harga di atas jalan termasuk GST, tanpa insurans:

NISSAN X-Trail 2.0L 2WD AERO EDITIONHarga OTR termasuk GST, tanpa Insurans
Semenanjung MalaysiaRM 141,428.96
SabahRM 143,389.79
SarawakRM 143,389.79
LangkawiRM 102,196.20
LabuanRM 102,805.10

 

NISSAN X-Trail 2.5L 4WD AERO EDITIONHarga OTR termasuk GST, tanpa Insurans
Semenanjung MalaysiaRM 163,616.06
SabahRM 165,709.14
SarawakRM 165,709.14
LangkawiRM 116,800.50
LabuanRM 117,478.60

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply