ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton bakal perkenalkan Iriz yang diperhalusi

Views

Sejak kebelakangan ini agak sendu berita mengenai Proton kan? Ini mungkin berita yang mungkin boleh memberikan sedikit keceriaan kepada peminat setia Proton. Menurut ejen perisik Mat Bond kami, Proton kini sedang mempersiapkan model Iriz yang diperhalusi (refinement) dan ia mungkin dilancarkan sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti. Dikhabarkan, ia akan mendapat pakej NVH seperti Persona baharu dengan penggunaan tiga tapak pemasangan (mounting) enjin dan pengenalan warna baharu. Ketika ini, model pra-pengeluaran Iriz 2017 telah pun bermula di Tanjung Malim.

Dari segi kosmetik tiada perubahan ketara kecuali bumbungnya diwarnakan hitam. Selain itu papan pemukanya turut dipasang dengan tambahan pelapik kedap bunyi dan kami berharap ini dapat menghilangkan terus masalah gegaran dan bunyi dari bahagian tersebut yang masih lagi menghantui pemilik model Iriz dan Persona sedia ada. Model Iriz baharu nanti bakal ditawarkan dalam tiga varian iaitu 1.3 Standard, 1.3 Executive, 1.6 Executive. Paling menarik, versi 1.3 Executive turut dilengkapi dengan butang penghidup enjin.

Selain itu, model MPV yang semakin dimamah usia, Exora akan turut diperhalusi dengan pakej enjin dan NVH yang lebih baik dan yang penting hos penyejuk enjin (OCH) serba baharu. Dari segi perubahan kosmetik ada kemungkinan ia akan berubah, namun perisik kami tidak mendapat maklumat yang lebih terperinci. Model sedan Preve dan Suprima juga akan dipertingkatkan dalam tahun ini dan turut menggunakan pakej enjin dan NVH yang sama dengan Exora 2017.

Tidak diketahui sama ada Proton membuat sebarang perubahan kosmetik pada kedua-dua model tersebut, namun Proton perlu melakukannya supaya rekabentuk model model ini terus segar dan tidak terlalu ketinggalan di belakang pesaing mereka. Hingga setakat ini masih belum ada lagi maklumat mengenai siapakah yang bakal menjadi Rakan Strategik Asing baharu Proton dan mungkin ia bakal dimuktamadkan selewat-lewatnya bulan Jun nanti. Projek enjin GDI juga masih berjalan walaupun dalam keadaan yang perlahan dan ia mungkin mengalami sedikit kelewatan dari jangkaan asal.

BACA >> Pencarian Rakan Strategik Asing Proton semakin hampir ke penghujung?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply