Berikutan pengumuman baru-baru ini yang dibuat oleh Nissan Motor Co. Ltd untuk inflator beg udara Takata dan Back Door Stay yang melibatkan kenderaan Nissan, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), pengedar tunggal and pemasang kenderaan Nissan di Malaysia bersama dengan Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS), telah melancarkan kempen panggilan semula (recall) bagi memaklumkan kepada pelanggan dan penggantian alat ganti bagi kenderaan yang terbabit.
Selepas penyiasatan, sebanyak 110,945 unit kenderaan Nissan yang terbabit dengan inflator beg udara Takata, termasuk kempen sebelumnya, seperti yang dinyatakan berikut:
Inflator beg udara pemandu Takata :
MODEL | TAHUN PENGELUARAN | UNIT YANG TERLIBAT |
NAVARA D40 (CBU & CKD) | 2007 – 2014 | 12,634 |
LATIO C11 (CKD) | Jun 2007 – Oktober 2014 | 10,763 |
GRAND LIVINA L10 (CKD) | Julai 2007 – Oktober 2013 | 69,965 |
X-GEAR L10 (CKD) | November 2010 – Oktober 2013 | 4,874 |
Inflator beg udara penumpang hadapan Takata :
MODEL | TAHUN PENGELUARAN | UNIT YANG TERLIBAT |
X-TRAIL T30 (CKD) | Mei 2002 – Mac 2007 | 10,589 |
April 2007 – Disember 2008 | 2,101 | |
TEANA J31 (CBU) | Ogos 2004 – September 2004 | 2 |
LIBERTY M12 (CBU) | 2003 | 17 |
Kempen ini bagaimanapun tidak melibatkan model Nissan Teana (L33), Nissan X-Trail (T32) dan Nissan NP300 Navara baharu yang dilancarkan ke pasaran tempatan masing-masing pada bulan Jun 2014, Januari 2015 dan November 2015, serta model-model Nissan yang terkini di pasaran.
ETCM dan TCEAS juga telah dimaklumkan oleh Nissan Motor Co. Ltd bahawa back door stay melibatkan sebanyak 22,173 unit kenderaan Nissan seperti yang dinyatakan berikut:
Back Door Stay :
MODEL | TAHUN PENGELUARAN | UNIT YANG TERLIBAT |
SERENA S-HYBRID C26 (CBU) | September 2012 – November 2013 | 4,001 |
SERENA S-HYBRID C26 (CKD) | Februari 2014 – Mac 2016 | 3,715 |
X-TRAIL T32 | Ogos 2014 – Disember 2015 | 8,756 |
NV200 M20 | September 2011 – Februari 2016 | 5,701 |
Lapisan cat yang digunakan pada pintu belakang kenderaan tidak mematuhi keperluan reka bentuk untuk rawatan anti-karat. Hasilnya, silinder tiub bagi stay pintu boleh mengakis, menyebabkan kebocoran gas pada silinder. Dalam jangka masa panjang, back door stay mungkin menjadi lemah serta melumpuhkan fungsi back door. Penggantian akan dijalankan sekiranya alat ganti sedia ada pada bulan September 2016.
Para pemilik Nissan kenderaan yang terbabit akan dimaklumkan secara terus dan surat melalui TCEAS. Pemilik yang menerima surat ini dinasihatkan menghubungi outlet TCEAS yang terdekat untuk temujanji.
Para pelanggan boleh menghubungi Hotline Khidmat Pelanggan Nissan atau layari laman web www.nissan.com.my (klik pada ruang ‘Owners’, diikuti dengan ‘Recall Campaign’) untuk maklumat lanjut. Semua kos buruh dan penggantian alat ganti untuk servis ini adalah percuma. ETCM juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang terpaksa dilalui oleh para pelanggannya.
KOMEN TERKINI