ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda pertama kali adakan sesi tunggang uji media di litar Cub Prix

Views

Baru baru ini di litar Cub Prix, Teluk Intan, buat pertama kalinya Honda berjaya menganjurkan sesi tunggang uji bersama sekumpulan media untuk model kapchai terbaharu mereka RS150R. Acara ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran bintang Moto3 negara Khairul Idham Pawi atau Super KIP yang turut bersama-sama menunggang uji jentera tersebut. Beliau baharu sahaja pulang ke Malaysia selepas kemenangan podium keduanya di Moto3 Jerman.

Honda RS150R telah dilancarkan secara rasmi pada 13 Jun lalu dan harganya bermula dari RM 8,214 hingga RM 8,373 (Harga Runcit termasuk GST). Model ini juga merupakan model sport pertama keluaran Honda yang ditawarkan dalam kategori CUB harga tinggi.  RS150R dijana oleh enjin berkapasiti 150CC.

Media telah diberi peluang untuk menguji motosikal tersebut mengelilingi Teluk Intan dan merasai litar lumba Cub Prix. Sesi tunggang uji tersebut berakhir jam 5.00 petang setelah kesemua media yang dijemput merasai prestasi yang mengagumkan dari RS150R di litar Cub Prix dan juga di atas jalan raya biasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Media (mid and left) and Khairul (right) ready to ride Group Photo

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply