ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Honda Accord yang dipertingkatkan kini dibuka

Views

Bermula dari semalam, Honda Malaysia telah mengumkan tempahan untuk model Accord generasi kesembilan yang dipertingkatkan kini dibuka secara rasmi. Tiga pilihan varian ditawarkan iaitu 2.0 VTi, 2.0 VTi-L dan 2.4 VTi-L dan ia bakal dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.

Accord generasi kesembilan yang dipertingkatkan ini menampilkan konsep premium dan bergaya dengan rekaan bumpar hadapan dan belakang baharu yang lebih maskulin dan sofistikated. Rekabentuk lampu hadapannya lebih segar dan aggresif dengan Lampu Nyalaan Siang LED (DRL) yang dipanjangkan.

Susunan rekabentuk lampu LED belakang turut mendapat sentuhan baharu sekaligus melengkapi bentuk dinamik Accord yang turut mendapat rim aloi rekaan baharu. Buat pertama kalinya, Honda memperkenalkan warna baharu Obsidian Blue Pearl untuk Accord baharu ini selain White Orchid Pearl dan Lunar Silver Metallic. Selain itu warna lain seperti Modern Steel Metallic dan Crystal Black Pearl turut ditawarkan..

Honda Malaysia juga turut menganjurkan siri jelaljah Accord baharu bermula dari 12 Ogos 2016 hingga 4 September 2016. Lokasi yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

Lembah Klang

12 Ogos 2016
* Kuala Selangor, Selangor

13 Ogos 2016
* Lembah Klang

* Klang

14 Ogos 2016
* Petaling Jaya, Selangor

* Putrajaya

Pantai Timur

19 Ogos 2016
* Kota Bharu, Kelantan

20 Ogos 2016
* Kuala Terengganu, Terengganu

21 Ogos 2016
* Kuantan, Pahang

Utara

26 Ogos 2016
* George Town, Pulau Pinang

27 Ogos 2016
* George Town, Pulau Pinang

28 Ogos 2016
* George Town, Pulau Pinang

* Ipoh, Perak

Selatan

2 September 2016
* Bandaraya Johor Bahru, Johor

3 September 2016
* Muar, Johor

4 September 2016
* Bandaraya Melaka, Melaka

Untuk maklumat lanjut mengenai Accord baharu, kunjungi salah satu daripada 88 bilik pameran Honda yang terdekat seluruh negara atau hubungi talian Bebas Tol 1-800-88-2020, atau layari laman sesawang www.honda.com.my.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments


  • Habisla Perdana baru. Rakyat biasa nak beli range harga tinggi sgt. Rakyat yang berduit nak beli kompem angkat Civic/ Accord terus.Mana main cap2 proton ni kalo dah level tu. Jadi siapa pembeli perdana sebenar. Marketing Proton pernah wat kajian tak. Haih musykil2.


    • Harga Honda accord VTi-L yang dipertingkat myr162k++. Harga yang berpatutan Dan tidak terlalu mahal dengan ciri² yang telah dipertingkatkan.

      Tidak mahal untuk mereka yang berduit. Jika dibandingkan dengan Pedana yang masih mengekalkan ciri² lama accord atas syarat ketat yang ditetapkan Honda Itu sendiri.

      Minggu lalu sahabat saya telah menerima Perdana 2.4 yang telah ditempahnya bulan lalu. Perdana hitam kelihatan sangat mantap Dan bergaya. APA yang lebih bergaya ialah dia membayar secara tunai.

      Mereka yang bergaji besar mengatakan Perdana berharga murah.


    • Proton cakap Perdana bukan ditargetkan utk rakyat kebanyakan. Tak jangka pun utk jadi ‘volume seller’. Ianya untuk golongan elit dari sektor kerajaan. JUSA, TURUS semua tu. Ramai jugak dari golongan ni kat Malaysia

      Bagi aku plak, Perdana 2.0L nampak menarik. Harga dalam RM113K utk kereta segmen D. Honda Civic ni baru segmen C.


  • Mmm… sy tidak begitu berminat dgn design language bahagian depan honda terkini bermula dgn civic baru tu… dari satu sudut lain nampak pelik, mcm ada ‘ketumbuhan’ jer kat bahagian muncung depan model nie. Sorry… tapi keseluruhannya tampak sgt sporty n berbeza dgn pesaing pada segmentnya. Mcm kereta mahluk asing pun ada 🙂 Bila language design yg sama digunapakai kat accord yg dipertingkatkan nie… adoii…. tapi nie utk pasaran kita jer ker? sbb sy lebih suka design depan yg cenggini ;

    http://www.2016newcarsrelease.com/2016-honda-accord-news-changes/

    tampak lebih elegant, esklusif, kemas n premium… sesuai dgn model nie dlm D segment:) design language cengini adalah sama seperti yg ada pada honda city.

    Cheers!


    • Mungkin Honda nak jadikan accord sebagai sport sedan berbanding executive sedan bg segment D? Rasanya design ni sama macam versi di USA juga.

      BTW, lampu led headlight tu pun sebenarnya memainkan peranan dari segi design. sebab nampak banyak garis2..lepas tu ada lagi garis halus di grill..tu yg kelihatan lebih “crowded” kalau Honda hanya letak garisan grill yang besar tu saja pun dah cukup..garisan grill halus tak perlu ada..hanya pendapat saya..hehe

      harap2 tan chong juga cepat2 lah perkenalkan teana FL/sylphy FL yang mengikut design language terkini Nissan. bentuk yg sekarang memang tak mampu nak menarik perhatian ramai.

Leave a Reply