ARKIB

KATEGORI

Buletin

ETCM perkenal Perakam Video Pemanduan (DVR) serba baharu

Almera Year End Ad
Views

Ini berita gembira kepada pemilik kenderaan Nissan! Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) baru-baru ni memperkenalkan Perakam Video Pemanduan (DVR) serba baharu untuk semua model Nissan. Ia direka bagi menawarkan versatiliti serta mudah digunakan untuk merakam perjalanan anda. dengan menampilkan sudut pandangan 150° dan lensa 6 lapisan.

Kamera ini mampu merakam video HD 1296 piksel berkualiti tinggi, malah sensor imej dalam kondisi cahaya yang malap membolehkan pemandu merakam video dengan jelas. DVR ini hadir bersama ketersambungan tanpa wayar dengan telefon pintar IOS atau Android menerusi aplikasi (TCAT DVR) yang membolehkan pemandu untuk melakukan konfigurasi, penstriman, memuat turun dan berkongsi video mereka.

DVR ini dipasang dengan kemas pada cermin pandang belakang dan akan berfungsi secara automatik dan mula merakam sebaik sahaja enjin dihidupkan. Alat pengesan graviti binaan dalam DVR mengesan perubahan pergerakan graviti, impak dan akan mengaktifkan mod rakaman jika kenderaan terlibat dalam pelanggaran, menukar arah dengan tajam atau menekan brek kecemasan. Aspek ini penting bagi melindungi rakaman yang mengandungi maklumat penting daripada terpadam. DVR didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km, mana-mana tiba dahulu.

01-all-new-driving-video-recorder

 

Sempena kempen akhir tahun Nissan, ETCM menawarkan pelanggan tawaran hebat DVR serba baharu atas pembelian Nissan Almera dengan penambahan RM1 sahaja (tertakluk kepada terma), selain promosi RM1.00 untuk Aerokit NISMO atau Navigasi Multimedia 6.5″ yang sedang berlangsung sekarang.

Untuk memeriahkan kempen pada Oktober ini, ETCM sekali lagi melancarkan Kempen “Millionaire Drive”. Sepanjang Oktober, pelanggan yang membeli dan mendaftar kereta Nissan mereka berpeluang memenangi sebahagian daripada 2,000,000 AirAsia BIG Points. Pemenang Hadiah Utama, Hadiah Kedua dan Ketiga masing-masing akan membawa pulang 300,000, 200,000 serta 150,000 BIG Points yang membolehkan mereka terbang ke pelbagai destinasi dalam dan luar negara.

WHATSAPP POSTING-2

Pemenang Hadiah Saguhati akan menerima 50,000 BIG Points yang boleh menerbangkan mereka ke pelbagai destinasi dalam negara atau dua keping tiket ke Siem Reap, Yangon, Bangkok atau Chiang Mai. AirAsia BIG Points sah selama tiga tahun. Penebusan mata untuk penerbangan AirAsia berdasarkan kepada jualan tiket AirAsia atau AirAsia BIG Fixed Points. Sekali gus membolehkan pelanggan menebus penerbangan percuma ke destinasi impian mereka dengan mudah.

Sepanjang tempoh promosi ini, rebat menarik dan penjimatan sehingga RM10,000 turut ditawarkan kepada model-model terpilih Nissan. Selain promosi Bayaran Pendahuluan Mudah dengan Pelan Sifar Faedah 0% ke atas semua model Nissan. Sebagai tambahan, “Promosi RM1” yang popular akan diteruskan bersama kempen bulan Oktober.

MODELKEMPEN PROMOSI RM 1.00
AlmeraNISMO Aerokit ATAU Navigasi Multimedia 6.5″

BAHARU: Tambah RM1 untuk mendapatkan Perakam Video Pemanduan (DVR)

Teana & X-Trail 2.5LNavigasi Multimedia 8”
X-Trail 2.0LTempat Duduk Kulit
NavaraPakej Premium (varian V dan SE)

–        Tempat duduk kulit, tinted, pedal sports, plat tahan karat, visor pintu dan kemasan pemegang pintu

ETCM juga akan menganjurkan Karnival Pandu Uji Nissan yang menawarkan barisan kenderaan Nissan untuk dipandu uji. Tarikh, masa dan lokasi Karnival Pandu Uji Nissan adalah seperti berikut:

Tarikh Masa Wilayah Cawangan
14 – 15 Oct10am – 10pmPantai TimurAeon Kota Bahru
15 – 16 Oct10am – 8pmSarawakETCM Miri 3S Centre
15 – 16 Oct10am – 10pmSabahImago Times Square, Kota Kinabalu
15 – 16 Oct10am – 8pmUtaraETCM Butterworth 3S Centre
15 – 16 OctSelatanETCM Johor Jaya 3S Centre
15 – 16 OctSelatanETCM Semabok

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian: 1800-88-3838.

KLIK UNTUK BESARKAN

01-all-new-driving-video-recorder Almera Year End Ad WHATSAPP POSTING-2

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Sepatutnya Perakam Video Pemanduan (DVR) disertakan sebagai eksesori wajib bagi varian paling tinggi semua kenderaan baru 2016.. Ia berfungsi seperti Kotak Hitam di dalam kereta jika berlaku perkara yang tidak dijangka.. Mungkin Perakam Video Pemanduan (DVR) akan menjadi perkara wajib atau memberikan markah bonus untuk mencapai 5-bintang ASEAN NCAP 2021+.. Siapa tahu..

Leave a Reply