ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isuzu D-Max BEAST menang Anugerah Pilihan Pengarang Carsifu

Views

Tahniah diucapkan kepada Isuzu Malaysia Sdn Bhd kerana Isuzu D-Max BEAST edisi terhad dinobatkan sebagai Anugerah Pilihan Pengarang Carsifu dalam kategori ‘Best Dressed-up Pick-up Truck’ yang julung kali dianjurkan oleh Star Media Group. Hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Lee Chee Leong kepada Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia Sdn Bhd Hajime Machimura dan turut disaksikan oleh Pengerusi Star Media Group Datuk Fu Ah Kiow, ketua pegawai operasi Calvin Kan dan ketua pegawai hasil Lim Bee Leng pada majlis makan malam gala yang gilang gemilang kelmarin.

Menurut editor Carsifu Hong Boon How, kategori anugerah tersebut menunjukkan segmen yang semakin berkembang di mana trak pikap menjadi kian popular sebagai kenderaan gaya hidup. “Model-model yang diberi kemasan istimewa oleh pengeluar ini begitu menarik kerana mereka mempunyai kelainan berbanding model standard tanpa menjejaskan waranti. Isuzu D-Max BEAST memenangi undian dengan kitbadan yang sporty dan begitu menyerlah, warna-warna terang dan bahagian dalaman yang elegan yang dipasang pada platform 4X4 yang terbukti tahan lasak,” katanya.

Dilancarkan pada Mei tahun ini, Isuzu D-Max BEAST edisi terhad direka bentuk mengikut tema ‘street rugged’ dengan kemasan berani berwarna kelabu gelap atau hitam yang nyata kontras dengan warna dasarnya iaitu Magnum White Solid atau Titan Silver Metallic, yang membuatkan kenderaan ini tampak gagah dan macho.

limited-edition-isuzu-d-max-beast_front

Lengkungan tayar diberi kemasan hitam ‘matte’ yang menonjolkan rim aloi 17 inci berwarna hitam ‘matte’ dengan rekaan eksklusif, sementara pelekat eksklusif di badan trak menyerlahkan identiti sebenar BEAST. Ia juga dilengkapi dengan ‘Claw Bar’ dengan penutup yang boleh dikunci, aero spoiler yang bergaya dan bed liner.

Di bahagian dalam, tempat duduk dibaluti kulit premium dari Itali dengan sulaman logo BEAST dan diberi kemasan dua tona warna yang menarik. Karpetnya juga mempunyai sulaman eksklusif manakala panel pemijak kaki besi tahan karat diterangi logo LED Isuzu bila pintu dibuka. Kemasan dalaman digantikan dengan warna kelabu gelap untuk membangkitkan rasa premium.

Untuk mengekalkan penampilannya yang agresif, sistem audio kenderaan ini telah dinaik taraf dengan pemain multimedia Kenwood dengan skrin sentuh bersaiz 6.2-inci, lengkap dengan kamera undur. Amplifier digital Bongiovi yang berkuasa menambahkan lagi kehebatan sistem audio ini kerana ia membolehkan anda mendengar setiap perincian lagu kegemaran anda menerusi sistem bunyi keliling dengan enam unit pembesar suara.

KLIK UNTUK BESARKAN

CARSAWARDS limited-edition-isuzu-d-max-beast_front limited-edition-isuzu-d-max-beast_rear

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply