ARKIB

KATEGORI

Buletin

Eurorepar tembusi pasaran Malaysia, buat penampilan sulung di Automechanika KL 2025

Berita Tempatan

Views

Stellantis secara rasmi memperkenalkan rangkaian produk multi-jenamanya, Eurorepar, buat pertama kali ke pasaran Malaysia menerusi pameran Automechanika Kuala Lumpur 2025.

Langkah ini menandakan permulaan strategik dalam memperkukuh kehadiran selepas jualan Stellantis di rantau ASEAN.

Ditubuhkan pada tahun 2002, Eurorepar menawarkan lebih daripada 17,000 rujukan produk automotif, merangkumi alat ganti, aksesori, tayar, minyak pelincir dan bahan guna habis.

Eurorepar turut membawa masuk Eurorepar Car Service, satu rangkaian bengkel multi-jenama yang menawarkan servis penyelenggaraan dan pembaikan profesional bukan sahaja untuk jenama Stellantis, tetapi juga untuk pelbagai pengeluar lain.

Menurut Pengarah Urusan Stellantis ASEAN, Isaac Yeo, pelancaran Eurorepar dan rangkaian Eurorepar Car Service di Malaysia adalah satu perluasan penting dalam jejak global selepas jualan syarikat.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat

Ia memberikan penyelesaian sehenti bagi alat ganti berkualiti dan servis profesional kepada pasaran automotif Malaysia yang semakin berkembang.

Beliau turut menambah bahawa pusat hab alat ganti serantau Stellantis yang terletak di Zon Bebas Pelabuhan Klang akan memainkan peranan penting dalam menyokong Eurorepar.

Ia berfungsi sebagai pusat logistik utama yang memastikan rantaian bekalan berjalan lancar, dari gudang ke pengedar dan pelanggan akhir.

Berbeza dengan pasaran bengkel bebas yang sering didorong oleh harga semata-mata, Eurorepar Car Service membawa pendekatan baharu yang menekankan kualiti profesional dengan kadar harga berpatutan.

Ini memberi peluang kepada pusat servis bebas untuk menawarkan servis bertaraf OEM menggunakan alat ganti Eurorepar yang diiktiraf, sambil mengekalkan kos yang kompetitif.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

Semua alat ganti rasmi Eurorepar juga dilindungi dengan waranti dua tahun, menambah keyakinan kepada pengguna dan pengusaha bengkel.

Pelanggan diberi pilihan sama ada untuk menggunakan alat ganti OEM atau memilih produk Eurorepar yang lebih ekonomik tanpa mengorbankan kualiti.

Dengan lebih 60 keluarga produk dalam portfolio syarikat, Eurorepar akan menawarkan pilihan yang meluas pada harga tempatan.

Pelancaran penuh dengan rakan pengedar dijangka berlangsung hujung tahun ini, selari dengan sambutan positif dari pasaran tempatan

Pelancaran Eurorepar di Malaysia bukan sekadar membawa produk baharu, ia membuka lembaran baharu dalam landskap servis automotif negara.

Dengan sokongan latihan, khidmat teknikal, dan logistik dari Stellantis, Eurorepar bersedia untuk menjadi pemain utama dalam pasaran alat ganti dan servis selepas jualan Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply