ARKIB

KATEGORI

Info

INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Info

Views

Seperti yang sedia ketahui, Perodua kini sedang membangunkan model Myvi generasi keempat (namakod D01D) dan kami difahamkan rekaannya telah pun dimuktamadkan.

Myvi (D01D) dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang turut dikongsi bersama model SUV segmen-B, iaitu D66B dan bakal dilancarkan pada tahun 2025.

Menurut info awal dari ejen perisik kami Mat Bond, ia bakal ditawarkan dengan tiga pilihan rangkaian kuasa, iaitu enjin 1.3 liter aspirasi alami (NA), 1.5 liter (NA) dan 1.5 liter hibrid.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

Pilihan enjin pada model semasa iatu, 1.3 1NR-VE dan 1.5 2NR-VE mungkin masih lagi ditawarkan, manakala versi hibrid pula akan berkongsi rangkaian kuasa Hybrid Electric Vehicle (HEV) baharu bersama Toyota Yaris Cross, iaitu 1.5 2NR-VEX yang digandingkan dengan motor elektrik.

Dari segi varian, penulis meramalkan ia bakal ditawarkan dengan susunan varian seperti berikut:

  • Myvi 1.3 G
  • Myvi 1.5 X
  • Myvi 1.5 H
  • Myvi 1.5 AV (hibrid sahaja)

Berkemungkinan, model kereta elektrik (EV) pertama Perodua juga akan berkongsi asas yang sama dengan Myvi (D01D) dan bakal diperkenalkan pada hujung tahun 2025. Ini bermakna, 2025 adalah tahun yang paling sibuk buat Perodua.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami

“King” generasi keempat ini juga dikatakan bakal mempunyai ‘dua saudara kembar’, iaitu Toyota Yaris (hanya versi GR sahaja) dan juga versi ‘tukar lencana’, Daihatsu Sirion.

Ura-ura mengatakan, Toyota dan Daihatsu sekali lagi ‘memberikan mandat‘ kepada pereka anak tempatan di Perodua untuk menerajui proses reka bentuk generasi baharu Myvi ini.

Untuk visual hiasan pula, penulis mengolah kembali rekaan Perodua MyEV, hasil karya pakar dalam manipulasi digital dan juga sahabat kami, Theophilus Chin@Theottle.

Rekaan visual Myvi kali ini turut menerapkan beberapa elemen reka bentuk daripada model konsep Electric Motion-Online (EM-O) Concept yang dipamerkan semasa Malaysia Autoshow 2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hasil gabungan perisian grafik dan kecerdasan buatan (AI).

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply