ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS

Foto Intip

Views

Ini kali pertama unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 mula turun ke  jalan raya dan ia berjaya dirakam ketika sedang mengisi minyak di stesen Petron yang bertentangan dengan ibu pejabat Proton, Shah Alam.

Foto dan video sempat dirakam oleh salah seorang ahli group Proton Saga 马来西亚中文车主交流区 bernama Johnny Tan semalam.

Jika dilihat ia masih lagi menggunakan model Saga sedia ada dan dibaluti dengan pelitup celoreng penyamaran hampir keseluruhan badannya.

Apa yang menarik, Saga MC3@AMA01 kelihatan sudah dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu (ADAS) yang berada di belakang cermin hadapannya.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Menerusi info terkini yang kami peroleh dari ejen perisik Mat Bond, Saga MC3@AMA01 ini bolehlah dikategorikan sebagai model ‘major facelift‘ dengan beberapa perubahan kosmetik pada luaran dan juga dalaman.

Selain itu, beberapa bahagian pada struktur kerangkanya juga telah diperkukuhkan bagi membolehkannya memenuhi syarat ujian perlanggaran hadapan dan juga sisi.

Imej digital rekaan Theottle

Maklumat awal mengatakan, Saga MC3@AMA01 dibina berasaskan pelantar model semasa yang telah dipertingkat dan akan mempunyai sekurang-kurangnya dua versi bentuk badan, iaitu sedan dan juga crossover (menyusul setahun kemudian).

Ada juga khabar angin mengatakan yang model ini mungkin ditawarkan dengan empat pilihan varian, bermula dari varian asas (Standard) hingga ke varian mercu (Flagship).

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Kami menjangkakan susunan variannya adalah seperti berikut, jika merujuk kepada pilihan varian pada model semasa (Saga MC2):

  • Standard
  • Executive
  • Premium
  • Flagship

Saga MC3@AMA01 akan ditawarkan dengan pilihan rangkaian kuasa enjin pembakaran dalaman (ICE) dengan berkapasiti 1.5 liter aspirasi alami (NA) yang dipadankan dengan transmisi CVT (penukar daya kilas@ torque converter).

Imej janaan Kecerdasan Buatan (AI)

Versi hibrid (HEV) juga bakal ditawarkan, namun hanya untuk versi crossovernya sahaja. Ia akan ditambah dengan motor elektrik dan dipadankan dengan transmisi e-CVT.

Besar kemungkinan Saga MC3@AMA01 akan diluncurkan pada suku keempat (Q4) tahun ini, manakala pengeluarannya dijangka bermula pada penghujung suku ketiga (Q3).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Johnny Tan

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply