ARKIB

KATEGORI

Buletin

EV pertama Honda di Malaysia, e:N1 dilancarkan – Harga RM149,900

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan model kenderaan elektrik bateri (BEV) pertama mereka di pasaran tempatan, Honda e:N1, setelah membuka tempahannya pada bulan lalu.

Dengan harga pengenalan istimewa RM149,900 untuk jumlah unit terhad, pelancaran e:N1 menandakan komitmen Honda terhadap masa depan elektrifikasi dan mobiliti mampan di Malaysia.

Tiga pilihan warna ditawarkan untuk model e:N1 iaitu, Platinum White Pearl, Aqua Topaz Metallic, dan Urban Gray Pearl.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Narushi Yazaki, pihaknya telah lama berada di barisan hadapan dalam inovasi, bermula dengan IMA pada 2004, VTEC Turbo pada 2016, i-DCD pada 2017, dan teknologi e:HEV pada 2020.

Tambahnya, hari ini, mereka melangkah lebih jauh dalam era elektrifikasi dengan pelancaran e:N1 yang mengekalkan semangat ‘Fun-To-Drive‘.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat

Honda e:N1 menampilkan reka bentuk moden dan minimalis dengan jeriji hadapan tertutup, logo “H” putih baharu yang melambangkan era elektrifikasi Honda, lampu LED depan dan belakang, serta rim aloi dwitona 18 inci.

Di sebalik reka bentuk bergaya, e:N1 dijana oleh bateri lithium-ion 68.8kWj, mampu menghasilkan 150kW kuasa maksimum dan daya kilas puncak 310Nm.

EV ini menyokong pengecasan AC (biasa) sehingga 10kW (10 peratus ke 80 peratus kira-kira 6 jam) dan pengecasan pantas DC sehingga 78kW (30 peratus ke 80 peratus dalam lebih kurang 50 minit).

Dengan jarak pemanduan sehingga 500km (NEDC) dan tiga mod pemanduan iaitu Sport, Normal dan ECON, e:N1 menjanjikan pengalaman pemanduan yang responsif dan menyeronokkan.

Rekaan kabin e:N1 memperlihatkan pencahayaan suasana berwarna biru, pengecas nirwayar, paparan pemanduan TFT 10.25 inci, dan sistem audio bersepadu 15.1 inci yang terbahagi kepada tiga panel sentuhan – inforua (atas), status kenderaan dan audio (tengah), serta kawalan pendingin hawa (bawah).

Ciri-ciri seperti Apple CarPlay tanpa wayar, Android Auto berwayar, dan sistem navigasi turut disediakan. Ruang dalamannya juga praktikal dengan kerusi belakang lipat 60:40 dan ruang but 344 liter.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

Keselamatan menjadi keutamaan dengan kehadiran sistem Honda SENSING, serta ciri eksklusif untuk model ini iaitu Informasi Titik Buta (BSI) dan Pemantau Lintasan Trafik (CTM).

Pembelian e:N1 boleh dilakukan sepenuhnya secara dalam talian melalui PAUTAN INI dan menerusi aplikasi HondaTouch.

Pelanggan hanya perlu memilih salah satu daripada 8 pengedar rasmi Honda BEV, masukkan maklumat dan bayar yuran pra-tempahan minimum. Duta jenama khas turut disediakan untuk memberi panduan sepanjang proses pembelian.

Model ini didatangkan dengan jaminan selama 8 tahun atau 160,000km untuk bateri dan sistem pemacu elektrik.

Selain itu, pelanggan boleh melanggan perlindungan tambahan melalui Honda Insurance Plus (HiP EV) termasuk insurans pengecas rumah EV, kabel mudah alih dan perlindungan liabiliti terhadap kerosakan pihak ketiga.

Honda Malaysia yakin bahawa e:N1 akan memperkukuhkan lagi kedudukan mereka dalam pasaran, setelah berjaya mencatatkan hampir 24,000 unit jualan dalam tempoh empat bulan pertama tahun 2025.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply