ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ferrari 458 Speciale, kuda terbaru Ferrari tiba di Malaysia!

Views

615065_725972877434727_1883284753_o

Ferrari 458 Speciale kini telah tiba! Baru-baru ini sempena Ferrari Racing Day di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), pengimport dan pengedar rasmi jenama kereta sports terkemuka dari Itali itu, NAZA Italia Sdn Bhd telah melancarkan 458 Speciale secara rasmi di Malaysia.

458 Speciale merupakan produk terkini dari Ferrari yang membawa falsafah inovasi dan penyeledikan teknologi yang ekstrem terutama pada bahagian enjin, aerodinamik dan dinamik yang mengubah 458 Italia kepada sebuah kenderaan yang sangat sesuai dengan gelaran “Speciale”.

Nadi utamanya, V8 Berlinetta yang berprestasi tinggi, dicipta untuk memberikan prestasi dan emosi pemanduan ke satu tahap yang terunggul, lancar dan terkawal walau dalam apa jua situasi. Enjin tersebut turut dinobatkan “Enjin Paling Berprestasi” pada Anugerah Tahunan Enjin Antarabangsa selama dua tahun berturut-turut. Ferrari kini sedang membangunkan enjin V8 aspirasi natural dengan kuasa spesifik iaitu 135 cv/l dan ia dikatakan pencapaian tertinggi bagi enjin aspirasi natural.

Ferrari 458 Speciale hanya memerlukan tiga saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j! Aerodinamik model ini telah dibuat secara usahasama antara Pusat Rekabentuk Ferrari bersama Pininfarina, untuk membentuk rupanya supaya lebih berprestasi. Yang paling ketara, aerodinamik hadapan dan belakang yang mengimbangi downforce dan cut drag, menjadikannya kereta produksi paling cekap aerodinamik dalam sejarah Ferrari.

Satu ciri inovatif yang ada pada model ini ialah sistem Side Slip Angle Control yang mampu mengawal jentera pada hadnya sekali gus menaikkan emosi pemanduan. Kombinasi bersama tayar Michelin Pilot Sport Cup2 yang dibuat khusus untuknya berjaya memberikan pengendalian yang mantap dan cengkaman yang terbaik ketika jalan basah.

Harga permulaan untuk 458 Speciale ialah RM1,238,800.00 (harga sebelum cukai) dan difahamkan beberapa unit telah pun ditempah. Pastinya model ini bakal menjadi buruan para jutawan yang inginkan kereta yang berprestasi tinggi dan menjadi perhatian ramai apabila meluncur di jalan raya.

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply