ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda City baharu bakal dilancar, tempahan kini dibuka!

Views

newcity

Awas Toyota Vios, kini pencabar terhebat anda bakal tiba tak lama lagi! Kini tempahan untuk model generasi baharu Honda City telah dibuka dan bakal diperkenalkan secara rasmi pertengahan Mac ini. City baharu akan mempunyai 4 varian, S, S+, E dan V, dikuasakan oleh enjin 1.5 liter SOHC i-VTEC empat silinder 16-injap yang mampu menjana 120 PS pada 6,600 rpm dan 145 Nm pada 4,600 rpm.

Selain itu Honda turut mensasarkan jualan sebanyak 76,000 unit kenderaan termasuk 9,000 unit bagi kenderaan hibrid untuk tahun 2014. Honda akan memperkenalkan lima model pada tahun ini, model FMC (model baharu sepenuhnya) dan MMC (model dengan perubahan minima/naiktaraf). Dua daripadanya adalah kenderaan hibrid pemasangan tempatan (CKD) yang bakal dipasang di Melaka.

* Saya yakin Honda City baharu bakal memberi saingan hebat pada Toyota Vios apabila dilancarkan secara rasmi, nantikan kemuculannya!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

31 Comments


  • Malaysian doesnt care about segment..kbanyakannya tgk price range..wlaupun preve in c segment org ttap akan compare dgn b segment.so org yg plan nk bli preve mgkin fikir due kali bile city baru ni launched..stakat ni rasenye klau nk compare preve dgn altis or civic pun cam jauh beze built quality


      • aku setuju dgn ahmad..dan juga dgn bro ruffstuff. but aku rasa sudah tiba masanya proton menonjolkan sesuatu kelebihan yg lebih mampu dilihat secara fizikalnya, bukan sekadar kelebihan teknikal.


      • Sye suke compare ikut price range as most malaysian did..autoblog pun ade compare preve dgn almera,suprima vs vios etc..Features not number one..orang tengok reliability n built quality..city pun akan dtang dgn 6 aibag,vsa, 7″ screen,reverse camera etc..so preve only left with handling prowess which malaysian doesnt really care..proton must catch up…please move on..sye ingt dlu chairman ade ckap nk announce plan utk proton..tpi dh staun lbih still x kuar2 lg.


        • So, adakah Proton patut kurangkan features dan safety, dan tumpukan pada reliability dan build quality?

          Build quality mungkin boleh diperbaiki dalam masa singkat, tapi reliability bukan mudah. Reliability kadang-kadang banyak persepsi. Toyota bina reliability bukan sekejap. Berpuluh tahun. Senang bagi toyota untuk kurangkan features sebab mereka ada so called ‘reliability’ card. Tapi Proton boleh buat ke macam tu?

          Secara lojik, menampilkan features dan safety bukan kesalahan. Tapi bagi mereka yang persoal reliabilty proton, kene persembahkan fakta atau defect per unit (per model, bukan brand). Contoh persepsi reliability aku boleh bagi. Aku tanya orang bawak tow truck, kereta apa paling banyak kene tow? Diorang cakap kereta VW. Bukan Proton. Aku pun pelik, orang cakap proton tak reliable. Persepsi aku sekarang ialah VW tak reliable. Tapi betulke? Aku pun taktau sebab ini bukan fakta.

          Orang malaysia bukan tak tengok features. Tapi bila tang Proton, mereka nak tengok semua mesti ada. Features, reliability, safety, harga, handling, styling. Semua nak ada. Harga kena murah. Tapi bila kereta import, features tak penting asalkan reliable.


          • Mmm… sales satisfaction index tu lebih menilai dari sudut product delivery n mutu perkhidmatan selepas jualan. Mmg benar proton masih bergelut dlm memperbaiki mutu perkhidmatannya lebih2 lagi kat bahagian servis lepas jualannya. Improvement tetap ada tapi setakat mana n masih banyak ruang yg perlu ditingkatkn lagi. Even KIA masih di bawah industry average, adakah built qualitinya dianggap teruk? Built quality n customer service quality bukanlah perbandingn yg tepat bagi sy. “Berani berubah”, “Committed to be better” perlu terus dijadikan amalan proton sekiranya ingin berjaya n setanding dgn gergasi permotoran yg lain. Terima kritikan membina n take action n abaikan kutukan yg sekadar nk melihat proton jatuh.

            Cheers!


    • Mmm… sy rasa ramai rakyat m’sia bukannya x care about sgment, tapi sebenarnya x tau pun pasal segment. Janji murah n cantik n jimat n memenuhi keperluan, beli jer laa….even features n kelebihan lain setiap segment x sama.

      Cheers!


      • Boleh dikatakan banyak kat luar sana yg tak tahu pasal sgment…..contoh kawan saya..beli vios baru, pastu dtg tngok suprima s saya, dia pelik sbb kereta saya lebih besar dan luas, dia kata tngok mcm sama besar ja, bila dia masuk dalam, dia rasa luas lagi suprima s saya dari vious, dia kata, x tau pulak suprima ni besar lagi, saya pon cerita lah pasai sgment, prformance, safety, handling, dia kata mcm mna saya tahu semua tu, sya kata membaca, sebelum ni memang saya tak tahu semua tu…dan saya suruh dia test drve, memandangkan dia pon kaki pandulaju, try 160 km/j suprima s dengan vios baru, bila dia test dia kata memang sedap, memang stabil, silap dia kata beli vios yg 160 km,/j ke atas dah rasa mcm terhuyung hayang kekiri kekanan, saya kata kat dia, kalau jenis slalu naik lebuh raya memang elok pakai suprima s, tapi kalau dalam bandar sesuai untuk vios, suprima s ni sedap jalan jauh, sbb tu aku beli…mcm tu lah kisahnya…


  • 14 tahun lepas,prtn br buat kete sndiri. sejauh mana prtn bleh brubh? hanya masa penentunya. mgkin lebih pantas kalu politik tidak dicampur aduk dgn prtn. den rasolah,14 tahun bkn alasan,tp dr sudut mana yg dilihat. jgnlah bnding ngan p2 krn p2 xpenah wat kete sndiri. zaman kjatuhan prtn masa buat kete sndiri,bmula dr waja,bkn zaman rebadge mcm p2.

    den stuju dgn prtn kena tingkatkn kualiti. mmg itu pkara penting. den tgk,ada perubhn yg brlaku. bkn xda,mgkin kengkadang ada org ckp mcm siput sedut.

    klu org bleh bg kete jepun n korea masa yg begitu lama sblm mereka jd kuasa beso dunia,tp xkanlah xleh bg prtn peluang utk tingkatkn produk dia.

    jgn cite zaman rebadge,kita cite zaman bile depa mula2 buat kete. perodua,dh bleh katakan zaman rebadge depa dh seumur ngan zaman rebadge prtn. bila nk wat kete sndiri? adakah mereka berani menyahut cabaran tsebut?konsep demi konsep ditayang,tp akhirnya ttp rebadge juga.

    klu xda improuement,den pun mrh. tp prtn tetap berani mlangkah utk melahirkn prduk global,bkn stakt utk mlaysia sahaja,walupun depa tahu bkn sng nk bsaing ditahap global n mmg akan kena kutuk. smpai bila nk wat saga,tnpa gadjet canggih,hanya brbekal 2 airbag jek? sekurang2nya,prtn dh buka mata brand beso yg niaga diasean,jgn hanya bg basic safety jek. klu prtn mampu bg lebih pd rega lg rendah,apa alasan depa nk bg. lainlah toyota masih bkeras yg market xperlu lebih dr 2 airbags,xperlu esp,xperlu menda2 canggih.

    klu prtn xberubh,sampai skang kita xdpt merasa kete lengkap mcm market lain dpt. xkisahlah kite beli atau x prtn,apabile prtn dpt bdaya saing dgn syarikat lain,nak x nak,syarikat lain juga tpaksa bg yg tbaik.

    pengguna yg untung. cube byg klu vios lengkap ngan gadjet mcm yaris di australia n us,sapa xnak kan? klu bg kosongpun laku,apa tah lg fullyloaded.

    majalah n paper kat thailand pun dh ckp menda yg sama psl kdekut geng2 nippon ni,treat org asean mcm xda nilai,bg asas,padahal market luar,kemain lg.

    dia buat cntoh prtn,bg mcm2 pada rega yg kompetatif. secara xlgsung,geng2 nipon panas punggung gak.

    sapa untung,kita jugak.

    den mmg suka syarikat lain offer mcm hnda. tgk,accordpun dia xbg 6 airbags,tp city,dia bg.

    rasa2,knp yek?


  • @ Ahmad

    Yang jdpowers tu kualiti jualan. Bukan kualiti kereta. Kualiti kereta jpowers kajian, tak semestinya brand, tapi model. Kalau model baru yang kurang carry-over parts memang tinggi potensi masalah.


  • Sye bagi point of view as a customer…i’m not working in the automotive line…most malaysian still ade very bad perception about proton..wlaupun kdg2 tuduhan melulu..memang jd power tu cutomer satisfaction sbb sh xde study laen…tpi pada pngamatan sndiri n byk jugak autoblog yg komen psal built quality n refinement preve…much hyped model tapi outcome x seberape…interior yg agak boring n mcm xde idea…market skrg x membenarkan proton bersikap defensive…klau still rase proton xleh focus on built quality smpai bile2 xleh maju…mindset staff proton kne ubah dari bawah smpai la ke atas…ade sesape boleh bg info mcm mane keadaan staf proton skrg ni…? Jelas ke tak dgn vision company?or mungkin direction masih blum clear?


  • saya bagi contoh: kawan saya tertarik dgn spec n features preve. dia pun pergilah showroom dan test drive. belek kereta preve kat showroom. kualiti pemasangan bahagian dashboard ada gap. then bawak test drive. bunyi dashboard dgn pintu pulak. lepas tu dia dgr bunyi cvt. Sebelum tu dia tak tau pun tu bunyi dari cvt kalau tak dijelaskan salesman.

    balik dari showroom, ambil masa 2 minggu pikir nak beli ke tidak preve tu. last2 gi beli vios jugak. bila ditanya. “basic2 pun takpe..janji takde bunyi2, takde masalah mekanikal”.

    begitulah senarionya dari seorang view of customer yg biasa2 saja.


  • Honda city lama cantik lagi…yg new ni…lama2 tngok mcm bosan…terutamanya bahagian hadapan…dan bahagian belakang boleh tahan lah sikit…bahagian sisi mcm kureng, x menarik…cuma yg hebatnya bahagian dalam yg banyak penambahan ciri2 yg menarik…jangan marah yer peminat2 honda city, tapi apa2 pun honda city yg sebelum ni cantik, nampak simpel….yg baru ni jer kureng sikit rekaan sisi dan hadapan…tapi lebih baik lah honda city ni dari vios yg dulunya mcm dugung dan sekarang macam ikan keli dan sesetengah orang kata arnab….tapi org kita susah nak kutuk kedua2 kereta keluaran jepun ni..mereka lebih gemar kutuk kereta buatan tempatan yg di gelar Kuda Laut….Kuda Laut??


    • Capang:

      Adik aky baru beli civic 2.0 navi..dia kate jauh sekali performance preve cfe aku dgn kereta dia. Honda ade lembab sikit sbb utk penjimatan minyak.. tapi dia kata minyak kuat juga walaupun pakai eco mode & utk next car nak beli pula kereta yg ada turbo..


  • relak2 bro. kite sesama kgsi info n blajo. psl mentaliti tu,mmg mkn masa. prtn kena prove sesuatu. terutama kete test drive n showrom unit. xnafikan yg nk jimat guna kete pre production. tp menda tu amat pnting,1st impression.

    mmg vios br ada mcm2 prob,sbb interior dh tukar. lgpun kete br lg,blum matang,xmcm generasi vios yg lama,lambt smpai market kita.

    ckp psl mentaliti,masih tringat flx 1 airbag dpt 1 bintang aseancap,kecoh satu alam cyber. pastuh flx+ kuar ngan 2 airbags,sume kata rasuahlah n mcm2. pdahal,saga yg versi sama equipment,cume saga blm,yg 2 airbags,mmg dpt 3 bintang dr ancap,dh lama dpt 3 bintang. lainlah tetiba flx dpt 5 bintang,br musykil.

    tp masalah marketing xwat ape2pun. persona 3 bintang,walupun chinancap,tp xdapun di marketingkan.

    skrg ni br sibuk nk buh. ride n handling,active safety,bkn semata ksenorokan memandu. ramai lg yg masih silap,walupun dlm mag automotive. xbyk tekankan ride n handling part of active safety. kena ingat,menda yg passive,klu electronic failure,bgantung pd menda yg mekanikal n active safety yg ujud.

    hnda dh step up,walupun civic n accord djual xselengkap city,pelik tp benar. kia,mmg bgs,hyundai,kena step up kete c segmen ke bwh. ford sbb ikut thailand n toyota policy,tetiba undur kblakang.

    yg den nak,kete utk golongan rendah n sederhana,fully equip dr segi safety. pkai radio zaman tori pun xpe,menda tu mudh nk upgrade. safety part,sush. yg pnting kete segmen a,b n c. yg d keatas,den xkisah ngat,org byk duit,pndai2lah memilih. yg sengkek mcm den ni,xnaklah dianggap nyawa lebih murah dr yg poket tebal.

    ape2,tahniah hnda. protn,gsc n upcoming model,rise to the challenge,jaga molek. den duk tggu exora replacement. mmg mampu pkai wish,stream,serena mahupun estima,tp xbrbaloi,rega mahal,safety basic jek. den tggu exora 5 star ancap,hrp2 8 airbags.


  • just wondering, those days, hyundai cars aren’t that good, but now, they are one of the biggest automaker in the world..
    why not proton? *curious!


  • Majoriti rakyat sayangkan proton. tapi permainan politik menyebabkan proton jatuh kembali. Ia dijual ketika proton sedang nak melonjak semula. kemungkinan kerana takut jatuh ke tangan pembangkang selepas pilihanraya. Akibatnya rakyat Malaysia yang rugi.ok stop bab politik. Kita tahu DRB dan pengurusan sekarang kebanyakannya berhati kecil. Mereka begitu teliti tentang kos yang bakal dikeluarkan, tetapi nak untung banyak.Zaman Dsz lain, kebanyakan peminat auto boleh nampak cara pemikiran dan pengurusannya.. Dia berfikir sebagai pengeluar kereta dan pencipta kereta. DRB berfikir sebagai pemasang kereta dan penjual kereta. Proton telah mengundur kebelakang sekarang ini. Selagi pengurusan yang bersifat “yes bos” dan pembodek didalam proton, ia akan semakin sukar untuk maju.Inilah kesilapan Tun M . Hanya pandangan peribadi.


  • best baca komen korang. 🙂

    aku sekarang pakai myvi (kete family). sekarang ni aku cadang nak beli keta baru. aku sendiri punye.. memang tgh fikir nak ambil kereta apa. kesimpulannye aku pilih kete import.

    kenapa? kenapa tak ambil keta nasional? perodua / proton?

    perodua,

    kereta jenis hatchback aku dah tak minat. so kalau MPV lak, aku tak suka naik van. haha. myvi baru? aku dah pakai myvi 5 tahun. kawan2 aku smua myvi. yg pakai perodua akan tau lah. design ok la boleh tahan la. nak komen lebih2 x leh. pasal rupa ni subjective kan. so ckp pasal kualiti mmg out sket. 2-3tahun pakai ade bunyi kat tayar. common problem myvi. boleh baiki tapi x kekal lma. so mcm harem sket lah. asik nak kena tukar slalu. lagi1 produa kalau 2-3tahun bunyi mcm2. mcm dlm kelab dangdut pun ade rasa nye..

    proton.

    kawan aku keja kat kilang proton. dia yg pasang part2 keta proton. dari a-z die cite kat aku ape yg tak ok pasal kualiti proton. aku tak nak ckp psl performance sbb aku penting kn kualiti. performance aku pentingkn jgk, cuma tak la smp nak spec boleh masuk race. lagi 1 imej proton ni buruk dimata org. well,aku agak pentingkn smua tu. nak ckp ape pun, that’s ur right. design asik ciplak hak org je. mcm inspira. aku nyaris nak ambik lancer dlu. tup2 proton wat kua lancer jadian. haha.. preve antara yg ok dri segi segment die. tapi kwn2 aku ckp preve mcm kete forte x siap.haha so aku mmg x minat langsung proton. sori bkn nk hina proton tpi tu pendapat aku yg sgt jujur. kawan aku dh serik dgn proton. beli kete yg dijanjikan performace. injin konon sma mcm Mitsubishi. tapi pakai 2-3tahun, enjin stil ok. tapi yg lain cth seat, dah lusuh. pendek kata mmg proton sgt tak jaga kuality berbanding keta jenama lain. power window? malas nak komen.

    vios.

    aku tak minat meter kat tengah. pastu rupa mcm dugong lak tu. aduh.. tanpa fikir panjang die punye harga & performance, trus aku reject dri wish list aku. eh vios dh kua baru? ok aku stil x minat. tapi boleh tahan la design dia. kalau yg full spec.~

    Honda.

    aku tak tahu sgt pasal Honda. tapi berdiskusi panjang dgn geng Honda/pomen wat aku kagum dgn kereta nama Honda. aku test bawak city & civic. mmg best. masuk kete je, pegang stereng dh datang 1 getaran dlm jiwa.. hahaha.. lawak jer… tapi best lah. design xperlu nak puji lagi. mmg lawa. performance aku dh cukup puas hati. jgn ckp pasal kete lain yg ade turbo. aku beli kete bukan nak race. skadar bawak 200km/j kete masih stable, itu sudah memadai utk aku beli. bab safety semua puas hati. bab minyak? haa.. ni antara yg aku tertarik. jgn ckp korang tak kisah psal fuel consumption. minyak naik 10sen korang dah meroyan.. so efficiency bahan api sgt penting bg aku. Honda antara yg cukup efficient dlm bab ini. pasal resale value? tak perlu ckp kot. smua yg kat sni otai psal hrga kete 2nd hand.

    dgn itu, dah tepuk dada aku berkali2 dan aku memilih utk beli

    Honda civic. 😀

Leave a Reply