Jurutera teknologi maklumat dari Singapura bersama teman wanita terselamat walaupun kereta mewah jenis Ferrari 458 Spider terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 110 Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Jambatan Kampung Gadak, Muadzam Shah, Rompin, semalam.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, dalam kejadian pada 10.45 pagi, kereta itu dipandu lelaki berusia 34 tahun, dalam perjalanan ke Cerating secara konvoi membabitkan 13 kereta jenama sama pelbagai model.
“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta mangsa hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar penghadang jalan.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
“Akibat kemalangan itu, kereta mewah itu terbakar dan musnah keseluruhannya. Bagaimanapun, mangsa dan teman wanitanya sempat menyelamat diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, lelaki terbabit disaman mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59 kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan. – Harian Metro
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
KOMEN TERKINI