Hujung minggu lalu berlangsungnya pusingan ke-5 Ferrari Challenge Asia Pacific serentak demngan perlumbaan ikonik 12 jam Malaysia Merdeka Endurance Race di Sepang. Selepas dua pusingan kelayakan, 27 buah kereta Ferrari 458 Challenge berentap di litar basah dan lembab, bertarung menentang cuaca yang tidak menentu yang menjadi igauan setiap pelumba, namun ia tidak menjadi masalah kepadaMax Blancardi dari Monaco yang berjaya memenangi kategori International.
Dalam Perlumbaan 1 kategori Trofeo Pirelli, pelumba dari Thailand, Pasin Lathouras terlebih dahulu melintasi garisan penamat mengatasi Alain Li (Hong Kong) dan Ringo Chong (Singapura). Dalam pusingan kedua, Lathouras turut memenangi saingan di hadapan Philippe Prette (Hong Kong) dan Ringo Chong (Singapura).
Untuk kategori Coppa Shell, Perlumbaan 1 dimenangi oleh pelumba Jepun, Francis Hideki Onda, yang berjaya mengatasi cabaran Gregory Teo (Singapura) dan David Tjiptobiantoro (Indonesia). Pelumba dai Kanada, Eric Heung pula memenangi saingan pusingan kedua mengatasi David Tjipbotiantoro (Indonesia) ditempat kedua, manakala Gregory Teo (Singapura) melengkapkan podium ditempat ketiga.
Penonton yang hadir juga dapat melihat aksi 3 buah jentera Ferrari 458 GT3 dalam perlumbaan 12 jam Malaysia Merdeka Endurance Race, dengan penyertaan daripada Pasukan Pasin Lathouras untuk AF Course. Michele Rugolo dan bekas pelumba Formula 1, Mika Salo turut bergandingan dengannya dalam saingan tersebut. Jenteta kedua 458 GT3 adalah milik Pasukan NAZA Nexus Racing, yang dipandu oleh Adrian D’Silva, Earl Bamber dan Alif Hamdan. Pasukan Clearwater Racing pula sekali lagi bersaing dengan harapan untuk memburu kemenangan podium dan dibarisi oleh Mok Weng Sun, Hiroshi Hamaguchi dan Craig Baird.
Selepas 12 bertarung, Pasukan Clearwater Racing muncul pemenang keseluruhan selain memecah rekod perlumbaaan ketahanan itu dengan berjaya melengkapkan 323 pusingan. Pasukan AF Corse dan NAZA Nexus Racing menamatkan saingan ditempat ketiga dan keempat dengan jumlah 316 pusingan telah berjaya dihabiskan dan jarak masa 17.832 saat. Perlumbaan Ferrari Challenge Asia Pacific bakal sekali lagi berada di Malaysia Pusingan ke-6, yang bakal berlangsung dari 14 dan 15 September ini.
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
KOMEN TERKINI