ARKIB

KATEGORI

AdvertorialBuletin

VIDEO BERBAYAR : Volvo UD Quester menjanjikan prestasi, penjimatan dan keteguhan!

Views

gallery_image_03

Pasaran trak Asia adalah amat penting bagi setiap syarikat yang ingin mencari ruang untuk berkembang dan bertapak secara global di masa depan. Ekonomi Asia sedang berkembang pesat ketika Amerika dan Eropah sedang menghadapi penguncupan yang agak drastik dan ini telah meningkatkan permintaan untuk peningkatan kapasiti di pasaran penting seperti China, India dan juga Asia Tenggara.

Setelah berusaha selama enam tahun, Volvo UD telah berjaya menghasilkan satu siri produk yang direka khas untuk kehendak pasaran baru dan membangun di Asia yang mementingkan prestasi dan ketahanan pada harga yang berpatutan. Trak siri Quester ini terhasil dengan menggabungkan teknologi terkini Volvo dan kebolehan UD menghasilkan jentera yang tahan lasak dan sesuai untuk pasaran Asia.

Quester menumpukan focus pada pasaran trak tugas lasak dan pengangkutan jarak jauh (Heavy duty and prime mover), yang juga merupakan segmen paling berprestij dalam dunia trak. Sebelum dimiliki oleh Volvo, UD terkenal dengan trak ringan dan sederhana yang tahan lasak, kini UD menggunakan teknologi Volvo yang telah terbukti dan disegani dalam menghasilkan trak tugas lasak dan pengangkutan jarak jauh bagi menghasilkan Quester.

Trak siri Quester dihasilkan di kilang di Thailand, India dan juga China bagi membolehkan mereka mengekalkan daya saingan dari segi kos dan sokongan kepada pengguna. Quester dijangka akan dapat memberikan satu opsyen baru kepada syarikat pengangkutan yang sudah kian lama inginkan prestasi jentera Eropah tetapi tidak kesampaian dari segi bajet.

Artkel ini ditaja oleh Volvo Trucks

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments

Leave a Reply