Fiat mula mengusik netizen dengan video acah model sedan kompak terbaharu mereka yang dikenali dengan nama Cronos. Model ini bakal menggantikan Linea dan pengeluarannya eksklusif untuk pasaran Amerika Selatan. Cronos sebenarnya adalah versi empat-pintu Argo dan buat masa ini Fiat tidak mendedahkan butiran terperinci mengenainya. Mereka hanya mendedahkan maklumat mengenai pengeluaran model ini bakal bermula dalam beberapa bulan lagi, manakala jualannya pula akan menyusul pada suku pertama tahun depan.
Nama Cronos diambil sempena Titan paling muda dalam mitologi Greek dan bakal ditawarkan dengan keluarag enjin yang sama dengan saudara kandung hatchbacknya, yang bermula dari 77 ke 139 kuasa kuda. Versi hatchback Argo, memerlukan 9 saat untuk memecut dari 0 ke 100km/j dengan kelajuan maksima 192km/j. Bergantung pada varian, pilihan enjin ini akan dipadankan dengan tiga pilihan transmisi, lima-kelajuan manual dan automatik dan enam-kelajuan automatik. Fiat bakal melancarkan Cronos dalam masa beberapa minggu lagi.
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI