Perkembangan pesat dalam teknologi automotif terutama sekali dalam aspek keselamatan terbukti berjaya mengurangkan kadar kemalangan dan menyelamatkan nyawa. Ia bukan sahaja melibatkan pemandu dan penumpang kenderaan tersebut, malah turut menyelamatkan nyawa pejalan kaki. Rakaman video di atas menunjukkan seorang kanak-kanak berada dalam situasi genting ketika sedang melintas jalan dalam keadaan tergesa-gesa tanpa menyedari sebuah trak menuju ke arahnya.
Mujurlah trak keluaran Volvo tersebut dilengkapi dengan ciri keselamatan tercanggih seperti Sistem Brek Kecemasan Autonomi (AEB) yang telah berfungsi dengan baik dan telah membantu pemandu trak itu membrek dengan sepenuhnya. Syukur kerana kanak-kanak tersebut terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan kerana trak tersebut berhenti betul-betul di hadapannya. Kalau anda tak percaya, jom tonton video ini sampai habis ye!
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI