Ini bukan produk anak syarikat penerbangan tempatan Firefly, tetapi ia adalah kereta yang direka khusus untuk mengajar kanak kanak cara untuk memandu. Projek ini merupakan inisiatif Young Drive, sebuah organisasi di UK yang menawarkan kursus memandu untuk kanak kanak berusia antara 10 dan 17 tahun sebelum mereka bersedia untuk memandu kereta sebenar, Skoda Citigo di litar yang tertutup.
Sekolah tersebut memberitahu, graduan mereka adalah lebih separuh berkemungkinan untuk mengalami kemalangan dalam tempoh enam bulan pertama mereka memandu berbanding mereka yang tidak mengikuti kursus mereka, sesuatu yang cukup membanggakan. Idea Firefly adalah untuk menurunkan had umur kemasukan pelajar sehingga ke lima tahun dengan menggunakan kenderaan yang direka khas.
Kereta kecil tersebut menampilkan ciri ciri seperti suspensi bebas, stereng rak dan pinan, brek cakera hidraulik, lampu hadapan dan belakang LED, indikator signal, tempat duduk pemandu yang boleh dilaraskan dan juga papan pemuka seperti tablet dengan meter kelajuan, jam dan meter rizab kuasa.
Kereta ini digerakkan dengan sepasang motor elektrik yang digabungkan dengan dua unit bateri berkuasa 12-Volt yang boleh beroperasi sehingga sembilan jam tanpa henti. Ia juga direka untuk dikawal seperti kereta bersaiz penuh, dan turut menawarkan dua mod pemanduan, Junior had laju dihadkan kepada 5 mph dan menggunakan sensor untuk menghentikan kenderaan jika ia mengesan halangan. Untuk mod Experienced pula, kelajuan dinaikkan sehingga 10 mph dan sensor dinyahaktifkan. Selain itu, ibubapa atau pengajar juga boleh menghentikan kereta tersebut dari jauh, dalam jarak lingkungan 400 kaki.
Kereta ini juga mempunyai tempat duduk penumpang yang boleh memuatkan orang dewasa yang berketinggian sehingga enam kaki. Projek Firefly ini asalnya telah diambilalih oleh program Young Driver untuk kegunaan dalaman, dengan 20-minit masa kursus yang berharga £19.95 (RM108). Namun syarikat tersebut turut mensasarkan untuk mula menjual kenderaan tersebut kepada orang awam bermula tahun hadapan dengan harga £5,750 seunit termasuk cukai (RM31,102). Harga dia dah boleh beli Perodua Axia sebijik! Tu belum masuk duti import dan GST lagi.
KLIK UNTUK BESARKAN
Di sana tahap kesedaran remaja terhadap pemanduan jalan raya sedikit lebih baik dari tempat kita.. Harga dia agak….