ARKIB

KATEGORI

Buletin

ANIH Berhad keluar Jadual Cadangan Waktu Perjalanan sempena Aidiladha

Views

Sempena menyambut Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba Isnin ini, ANIH Berhad, pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1)  mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk membantu pengguna menikmati perjalanan yang selesa di KLK dan LPT 1 pada waktu puncak di musim cuti perayaan ini.

Pengguna dari Lembah Klang yang menuju ke Pahang pada 10 dan 11 September disarankan untuk memasuki KLK dan LPT 1 pada jam 12 tengah hari hingga 3 petang atau antara 7 malam hingga 11 malam. Pengguna yang ingin menuju ke Terengganu dan Kelantan pula dinasihatkan memasuki lebuh raya antara jam 6 pagi hingga 11 pagi atau jam 5 petang hingga 8 malam.

Bagi pengguna dari Pahang yang ingin kembali semula ke ibu kota pada 17 dan 18 September ini, mereka dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya pada jam 6 pagi hingga 10 pagi atau 7 malam hingga 11 malam. Pengguna dari Terengganu pula disarankan untuk memasuki lebuh raya pada jam 8 pagi hingga 11 pagi atau 8 malam hingga 10 malam, sementara pengguna dari Kelantan boleh menggunakan lebuh raya bermula jam 5 petang hingga 9 malam atau 9 malam hingga 12 tengah malam.

Pengguna boleh merujuk kepada jadual TTA di laman web ANIH Berhad di www.anihberhad.com, mengikuti laman Twitter @LPTTrafik atau Facebook Lebuhraya Pantai Timur. Jadual TTA yang diperkenalkan ANIH Berhad sejak 2009 bertujuan untuk menyuraikan pergerakkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza-plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak.

tta_raya-haji-2-002

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply